25 Nov 05 (Jumaat)...aku di dewan besar menghadiri jamuan raya organisasiku..ramai juga yg datang, makanan pun byk..biasa mcm tahun-tahun lepas. Majlis dihiburkan oleh artis2 dalaman dan artis jemputan Aishah dgn dua lagunya Camar Yg Pulang dan lagi satu aku lupa. Tak tau bila ler diorang nak jemput siti lijah pulak..Tuesday, November 29, 2005
majlis-majlis di bulan raya
25 Nov 05 (Jumaat)...aku di dewan besar menghadiri jamuan raya organisasiku..ramai juga yg datang, makanan pun byk..biasa mcm tahun-tahun lepas. Majlis dihiburkan oleh artis2 dalaman dan artis jemputan Aishah dgn dua lagunya Camar Yg Pulang dan lagi satu aku lupa. Tak tau bila ler diorang nak jemput siti lijah pulak..Wednesday, November 23, 2005
Sepintas renungan
Sunday, November 20, 2005
Undangan Bulan Syawal
Masih segar di ingatan, aku juga ada sejarah menganjurkan rumah terbuka bersama rakan2 rumah sewa semasa di Desa Seroja dulu. Hah...Desa Seroja...(Budakbudu, arwah Ben pernah sampai di sini.) Entah camana di tahun tersebut aku dan member2 rumah (Isa, Bidi dan Din) begitu teruja utk mengadakan rumah terbuka setelah kami mengunjung rumah terbuka seorang kawan, ZainalAzman dan rakan2 rumah sewanya di Kg Baru..ZainalAzman ni budak Taiping, junior setahun masa course DPIM di Arau dulu. Budakbudu mungkin ingat... Zainal tu tinggi, cerah, misai, tak merokok, smart, dan budak baik ...rupa cam Pak Lah masa muda2...Boleh tengok gambarnya di sini. Dia jemput aku dan member2 rumah ke open house di rumah sewanya.
Tuesday, November 15, 2005
Haru biru

Bila otakku berserabut dgn kerja. Aku letih dan di sinilah persinggahanku. Di singgahan ini aku bertanya apakah begini alam pekerjaan yg kupilih?Mengapa aku di sini? Mengapa setelah lama baru aku bertanya?....kini dalam kesamaran aku sedar hakikat, tanpa kemudi seseorang itu terpaksa pasrah dengan arus kehidupan .......
Thursday, November 10, 2005
Balik Kampong - Aidilfitri
Aku mulanya tidak berapa merancang nak balik kampong, memandangkan ibuku kali ni beraya di kampong terpaksa lah aku meredah balik jugak ke suatu daerah di mana aku dibesarkan (ia bukan tempatku dilahirkan). Tempatku dilahirkan adalah di sebuah perkampungan di pinggir Sungai Perak, berhampiran dengan kubur JWW Birch tu. Nama kampong tu Kampong Pisang. Masa tu arwah ayahku mempunyai kedai runcit kecil di kampong tu. Di akhir hayatnya perniagaan agak tidak memberansangkan kerana terpaksa menanggung byk hutang lapuk. Maklumlah org kampong, buku tiga lima tu biasa le.. Dulu-dulu kalau nak ke kampongku terpaksa naik kapal dari bandar Teluk Intan (formerly known Teluk Anson..sebut Ensen) yg mengambil masa 2-3 jam. Ayahku pergi mengadap Ilahi tatkala umurku 2 tahun di Hospital Teluk Anson akibat sakit jantung dan selepas itu , aku ibu dan adik beradik terpaksa duduk di rumah opah aku di kampong sekarang yg agak berbeza suasana. Bagaimanapun selepas tu aku selalu juga dibawa ibuku melawat saudara-mara di kampong lama tu. Kalau dibandingkan antara dua kampong tu, sudah pasti kampong di tebing sungai perak tu lebih menyamankan. Redup, sejuk, banyak pokok durian, manggis, langsat, cerupu, buah larah, buah sentul. pokok buah pala pun banyak kat tepi sungai tu. Waktu pagi agak sejuk di kampong tu, dan aku masih ingat bila ke rumah saudara-maraku, aku tengok minyak masak beku pada waktu pagi. Di kampong ni sorang kakakku (arwah - al Fatihah) pernah disorok hantu kopek...jenuh le satu kampong mencari dier. Apabila sg perak banjir, abang-abang aku akan memancing di atas tangga je.. umpan pancing cuma biji buah kekabu, dan dapatlah ikan lampam, baung, kalui dll. Masa tu aku tgk sungai perak ni punya le besar. Sungai Perak ni juga pernah menelan seorang sepupu perempuanku. Sepupu aku ni org bandar datang masa cuti sekolah, dia ke tepi sungai tu utk menemankan sorang emak saudara yg membasuh kain. Sepupu aku waktu tu umurnya 12 tahun dan masa tu dia telah mendapat tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru. Namun Tuhan lebih menyayanginya. Al Fatihah.
Gambar di atas tu adalah pemandangan di Sungai Perak...tak tau zaman bila. Yg pasti itu kapal gomen. Seingat aku zaman aku baby dulu (hehehe..boleh mengingat? genius jugak aku ye..) kapal-kapal penumpang sangat besar dan agak menggerunkan apatah lagi kepada seorang baby... Emak aku pernah ceriter masa aku kecik dulu pernah dia bawak aku ke belakang kapal tempat utk membasuh aku..biasa ler bebudak kecik asyik kencin merebeh jer ! Emak aku kata, kaki aku nyaris tersangkut kat rantai-rantai kapal tu..puah ka allah.. kata dier..
Di kampong aku sekarang, selepas berpindah dari kampong lama, aku juga pernah mengalami pengalaman tragis di situ. Waktu tu aku berumur 2 tahun lebih aje dan esoknya umat Islam akan menyambut hari raya...petang tu lemang dah masak dan emak aku sibuk di dapor membuat rendang dan pelbagai termasuk persiapan utk berbuka puasa. Yong (kakak aku) yg sepatutnya menjaga aku agak terleka bermain dgn kawan2nya. Tanpa sorangpun sedar, aku telah menuju ke perigi di depan rumah menjinjing sebuah cerek..konon nak mengambik air...Perigi tu airnya boleh dicapai dengan tangan org dewasa jer..dan aku pun membongkok utk ambik air...dan akhirnya aku pun....PLUUPP!!!... aku telah terjunam di dalam perigi tu. Tertonggenglah aku, tak tau beberapa lama aku dalam perigi tu..
Kebetulan pulak jiran sebelah rumah aku (bukan Pak Mat) namanya Mat Nor (pangkat pakcik ) ternampak ada macam seluar biru terapung dlm perigi tu...nasib baik dia nampak dan dia pun memekik-mekik dan ayahnya, Tok Lah berlari menaikkan aku yg dah lemas dan tak sedar apa-apa tu.. Petang tu laman rumah aku penuh dikerumun orang kampong..sibuk le mereka buat CPR, mendukung sambil berlari-lari anak utk menyedarkan aku, aku juga di letakkan di atas lesung kayu untuk dihenjut-henjut...akhirnya semua air dan makanan termasuk lemang yg aku sempat makan sebelum tu semua terhambur keluar... Kalau lambat beberapa saat aku dijumpa oleh pakcik Mat Nor tu, mungkin aku dah berada di dunia lain dalam usia sekecil itu.
Selalu di Aidilfitri, emak aku pesan suruh jumpa orang ni, orang tu...sbb aku berhutang nyawa dgn diorang yg dah bersusahpayah membuat CPR, menggendong dan mcm-mcm usaha utk mengembalikan aku ke dunia ini. Kini kebanyakan mereka pakcik-pakcik ni telah kembali alam baqah,..cuma dapat ku sedekah AlFatihah, manakala yg masih ada dan yg telah berpindah ke daerah lain, semoga kehidupan mereka diberkati Allah senantiasa.
Byk lagi ceriter masa kecik yg off record, termasuk aku kena hurung dek kerengga sampai berbulu seluruh badan. Biasa ler kakak-kakak dan abang pulak sedang asyik leka seronok bermain aci, main galah panjang, sampai adik sendiri merangkak dalam semak pun tak sedar.
Kisah-kisah benar spt ini selalu diulang siaran oleh ibuku dan juga saudara-saudaraku. Mau tak mau, dengar je ler...
Wednesday, November 09, 2005
Evolusi dunia hiburanku





