Tuesday, June 27, 2006

Lain-lain

Bila seluruh dunia demam World Cup, lain-lain program kat TV selalunya kita terlupa tengok. Itu hari aku sempat tengok AF4,. Ok jugak persembahan sorang dua peserta dan lagu yg sdg kedengaran di blog ini adalah lagu dari seorang peserta malam tu...yg sebelum ini aku tak pernah dengar...menarik bila dibawa oleh peserta ini walaupun dgn tangan menggigil2.....

p/s: Brazil sdg mendahului Ghana 2-0 (half-time).....

Sunday, June 25, 2006

Pekan Lama dan teka meneka

Pagi minggu ini aku ke gombak. Singgah sat di old town kopitiam utk bersarap. Sbb pepagi sangat, aku mudah dpt tempat duduk .....kalau mentari dah tinggi, terpaksa berQ dsbnya aku takkan singgah. Bukan makan apa sgt, aku cuma pesan 2 telur omega setengah masak, kaya butter toast. Whitecoffee nya ngetop tapi aku lebih biasa dgn kopi O. Sedang aku makan, satu family dtg duduk di meja betul2 belakang aku..tapi bila family tu beralih tempat duduk betul2 menghadap aku...rupanya puan T dgn familynya. Dia masih perasan aku serta tegur dan tanya khabar dsbnya. Segan jugak aku dgn dia yg sememangnya memiliki PR bagus. Dia dah lama meninggalkan organisasiku dan kini berkhidmat di OUM.

Pee anakbuah aku ada sewaktu aku tiba di gombak. Pee penyokong Holland dan Argentina.
Untuk World Cup 2006 ni, bab teka-meneka aku suka jugak...walaupun jarang yg tepat..so, utk suku akhir.....aku teka dan susun spt kat bawah ni. hehehe.......

Nak tau apa Nostradamus predicts........klik di sini.

p/s: ketika entri ditulis, England vs Equador.....masih 0-0.

Thursday, June 22, 2006

Jangan bersedih

Paling laris di Timur Tengah

Sesuatu yg perlu dibaca (a must-read)...di kala kita berdepan dgn pelbagai ujian di dunia mencabar ini...penuh dgn nasihat dan panduan bgmn utk membendung dan menggantikan kesusahan atau kesugulan dgn pendekatan2 pragmatik yg memanfaatkan kehidupan. Mengandungi surah-surah dari al-Qur'an , hadith-hadith nabi (s.a.w,), kata-kata para sahabat dan cerdik pandai. Ia juga memuatkan kata-kata dari pemikir-pemikir dan ahli falsafah barat dan timur yang kebetulan selari dgn kebenaran.

This book, the culmination of deep and organized thoughts say to you in short: " Be happy, at peace, and joyful; and dont' be sad"

p/s: ketika entri ini ditulis, byk pop-ups yellow card...mungkin ramai yg bermain dlm tekanan agaknya.... Italy vs Chezc, Ghana vs USA.....team2 pilihan mlm ini......Viva Italia...Viva Ghana...hehe

Tuesday, June 20, 2006

Cuti & World Cup

Sejambak di Gombak....

Ketenangan, kesantaian dan ada masa utk diri sendiri berjumpa keluarga merupakan suatu yg kita mahukan setelah berserabut dgn kerja-kerja harian. Aku tak mau detik-detik sebegini menjadi rare and luxurious commodity bagiku...

Hari ini aku bercuti, cuti yg aku apply minggu lepas. Aku ambik kesempatan ini utk berjumpa ibu aku di Gombak. Sbb tak berkerja, malamnya aku juga ambik kesempatan menonton World Cup satu demi satu...tapi aku tak ambik cuti semata-mata nak tengok WC, kalau final yg melibatkan team favorite, mungkin !

Camanapun perlawanan mlm tadi agak menarik....esp korea vs france, spain vs tunisia...masa arab vs ukraine aku tak tengok......Nampak gayanya bertambah satu lagi favorite aku...Ola Espania....hehe...mcm tiru mr clarias je...

p/s: sedang aku menulis blog ni...Firefox alert aku, game Germany vs Equador dahpun bermula..begitu juga POL vs CRC ...'Match Has Begun'...bagus extension firefox ni siap keluar pop-ups bila Gol..yellow card etc..

Sunday, June 18, 2006

Di tepi laut

Pantai tanah besar bukanlah merupakan lokasi pilihan utk aku bercuti atau bersantai. Aku lebih teruja dgn pantai di pulau-pulau, selain kawasan tanah tinggi berhutan dgn udara segar. Tapi kali ni disebabkan kerja terpaksa le aku ke sini. Bagi aku kalau bercuti di pantai perlu ada aktiviti riuh rendah atau lepak berkumpulan sambil melahu dan merapu...

Sampai awal, peserta2 lain tak de lagi. So aku makan malam di bawah pokok kelapa di hembus sepui angin pantai sambil dialunkan lagu-lagu light n easy...so relaxing.


dari kamar: ada group buat poolside BBQ dinner ...


Soothing....

matahari hampir tenggelam di ufuk barat


Takde manusia di waktu pagi ni....maka burung-burung pun tumpang bertenggek.....


Entri ditulis ketika Jepun dan Coatia berhempas pulas untuk seri......
Lepas ni aku nak tengok Brazil vs Australia...harap Ronaldinho hantu gigi dpt keluarkan habis skill2 dan magicnya..