Monday, February 20, 2006
Hilang dan simpati
Bbrp bulan dulu aku ada berceriter pasal kegelabahan aku mencari kereta aku yg 'hilang' kat parking lot . Sempat le aku panik bbrp minit..
Dua hari lepas, salah sorang member aku mengalami kisah benar.....bangun2 tidur tengok kereta tak de depan rumah. Sebagai kwn aku sgt bersimpati tapi tak tau nak buat macamana. Mmg kesian aku tgk member aku tu, esp bila mikirkan kereta tu sgt banyak gunanya..ambik hantar anak2 pi sekolah, pergi balik keje, balik kampong dll. Loan pun masih ada. Kesian bila terbayangkan muka anak-anaknya.
Bengang sungguh aku dgn org yg hidup mencari jalan mudah dan menyusahkan kehidupan orang lain.
Monday, February 13, 2006
Bace membace
Dah lama aku tak membaca buku-buku, tahun lepas tak tau brp buku..bila keadaan tak mengizinkan membaca ni mmg sukar dilakukan. Ia memerlukan waktu yg releks dgn minda yg tak berserabut.
Hari tu aku ke Alamanda (tak de tempat lain ke..he he). Sajer singgah kat kedai buku MPH, lagi pun aku saja nak mengaktifkan kad ahli dgn membeli refil pen dan kalau ada yg perkenan aku beli le satu buku. Sempat juga aku terbelek bbrp buku..antaranya 'mckkk impressions(1905-2005)'. Ia merupakan koleksi coretan/catatan yg agak menarik budak2 sekolah tu serta bbrp individu lain. Ada bbrp catatan tu menarik perhatianku dan sumbernya aku tgk dari internet jugak seperti Our Friend or Foe dan Ugly Ties. Malas nak belek lama-lama buku tu, so balik rumah aku search kat net catatan2 tu.
Aku minat novel The Zahir oleh Paulo Colheo sbb bahasa yg agak aku suka tapi masa balik terambil novel 'eleven minutes' dari pengarang yg sama.. he he...tak tau bila nak habis. Baru baca dua tiga page , mengantuk pulak..
Tuesday, February 07, 2006
Hujung Minggu di Gua Kota Gelangi
Mmmm..dah lama tak memblog. rutin kerja yg harubiru membuat aku kurang masa utk bercerita walau mencoret sebaris ayat yg murah. Di hujung minggu aku berada di daerah negeri kelahiran nadzri (budakbudu). Kebetulan nadzri pun ada call sewaktu aku di sini, waktu tu aku sedang ber BBQ,.. Sibuk sebagai urusetia, sibuk juga bersedia membentang halatuju dan perancangan bahagian membuatkan aku agak exhausted, haggard, unmanaged, whatsoever... Kemudian di malam minggu itu pula kumpulan kami mengikuti night walk..jalan-jalan di perkarangan sebuah gua yg dikata berusia 150 juta tahun. Suasana agak gelap hanya berteman lilin yg dipegang oleh ketua kumpulan, aku lebih melihat ke atas, ke arah bulan dan bintang-bintang berserakan di langit biru seolah mengintai dari celahan juntaian ranting dan dahan pohonan gergasi di pinggiran jalan. Ia menyajikan pemandangan gothic yang agak mengasyikkan bagi seorang aku..Sayangnya aku tidak berkesempatan utk merakamkan suasana malam yg syahdu itu. Namun ia terakam di kotak minda seorang pencinta alam seperti aku..
Pagi Minggu: Mmmm...suatu pengalaman luarbiasa bilamana kami terpaksa menjelajah ke dalam gua yg tak kutahu apa yg ada di dalamnya, seolah-olah misteri nusantera gayanya. Agak memeritkan bila terpaksa menyusuri tebing-tebing tinggi dlm suasana malap dan gelap berteman lilin, dengan kasut yg tak brp grip kalau tersilap cara boleh terhumban ke jurang yg gelap gelita di bawah. Kami terpaksa merangkak, memanjat dan menyusup lubang yg sempit. Huhh..kalau tahu begini, nescaya hampir semua tidak akan menyertai aktiviti ini. Yg mulanya disangka sekadar melawat dan bersantai di gua perlancungan mcm Gua Kelam di Perlis atau Batu Caves tempat Thaipusam tu..rupanya ia satu ekspedisi yg begitu mencabar fizikal dan mental peserta.
Biarpun tidak dinyatakan apa motif penjelajahan ini, namun padaku ia membawa banyak makna yg tersirat yg aku boleh rungkaikan sendiri. Keyakinan diri, kekuatan fizikal, penumpuan mental, semangat berpasukan, setiakawan semuanya sangat perlu dalam saat-saat sebegini. Namun bagiku perjalanan ini membuka mata dan mindaku tentang keperitan hidup insan-insan yg tak senasib dgnku spt. sang pencari sarang burung layang2, pencari najis kelawar, pelombong dsbnya. Sekiranya diamati, begitu bersyukurnya kita yg saban hari selalu selesa dgn kerusi empuk di opis dgn dingin hawa yg nyaman... yg bila terputus bekalan elektrik atau aircon tidak berfungsi barang seketika, kita pun riuh melata-rata ... kerana suasana gelap, panas dan berkuap, ibarat gua begitulah kiranya tapi tak ada stalaktait stalagmait, cave pearls, crystal hyacinth dan ntah mcm2 lagi..
Thursday, January 26, 2006
Konfesi seorang perokok

Masa aku berhenti di sebuah traffic light masa balik keje semalam (25 Jan 06), di sebelah kiri ku ada Gen2 berwarna hitam..tingkap separuh terbuka dan aku lihat seorang gadis Melayu berambut blonde sikit.. mirip personaliti tv norazalina redzuan tapi lebih putih. Mungkin dia pun dlm perjalanan pulang keje. Aku lihat gadis tu merokok..perhh. Mmmm..aku sendiri pun dah tak suka merokok dlm kereta...pertama sbb takut terbakar kusyen, kedua tak mau keter bau rokok.
Well..kalau masa boleh diputarkan, nescaya aku akan menjauhi rokok.. kerana kini aku percaya aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari byk segi jika aku tidak merokok dari dulu. Tanpa merokok, aku mungkin lebih berjaya dan lebih bergaya...he he. Merokok menjadikan aku seorang yg suka ambil mudah dgn kehidupan, kesihatan dan penampilan diri. Merokok mungkin telah menjadikan aku kurang berjaya dan bergaya.. Melihat seorang lain tidak merokok kdg-kdg diri terasa kerdil dan hina. Justeru aku lebih suka merokok bersendirian. Tidak benar bagiku jika merokok utk menunjuk-nunjuk atau bergaya etc. Merokok yg seronok adalah merokok bersendirian...apatah lagi di kawasan tanah tinggi di waktu pagi yg dingin ditemani segelas susu yang panas..he he
Aku sedar merokok membuang masa dan duit.... Bayangkan sebatang rokok seseorang terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 7 minit dan jika sekotak sehari (20 btg) bermakna 140 minit. Byk perkara yg berfaedah yg boleh dilakukan. Seseorang juga terpaksa menghabiskan RM7 sehari utk sekotak., kalau sebulan RM210, kalau setahun RM2520 ..kalau 20 tahun RM50,400...sbg perokok aku selalu jugak beli vitamin C, itu kos lagi. Alangkah bagus setiap bulan duit utk rokok tu masuk dalam ASB ke, Tabung Aji ke... Bukan aku tidak sedar, malah dah lama sedar...tapi entah lah...
Aku mula merokok sewaktu berumur 17 tahun.....tatkala ada perlawanan bolatampar di gelanggang Sek Yuk Choy di bandar ipoh. Pasukan aku masa tu masuk Bolatampar Terbuka Perak Under 20. So, masa sebelum warm up tu..bbrp member aku ke tempat agak gelap utk berkembut....masa tu rokok Pall Mall. Byk asap rokok tu..
Bermula dari tu aku rasa seronok...Pehtu masa tengah exam SPM, di hostel tinggal budak form 5 je..member2 perokok aku Mat Cool, Khairul Oldman...diorang ni sebaik2 manusia..cool dan org tua le katakan. Time tu rokok aku Peter Stuyvesant...Ada org kata merokok itu seronok ...tapi tak tau apa yg seronok. Seperti juga tidur...org kata ia menyeronokkan, tapi bagaimana atau bila waktunya?
Aku tertarik dgn coretan di blog mr. clarias (bekas seorang perokok) serta komen mr budakbudu (juga ex smoker). Aku ucapkan syabas utk mereka.
Dunia ini penuh dgn kepelbagaian. Begitulah jua kita sebagai insan yg semestinya berbeda dari segi persepsi, andaian dan rumusan. Sebagai insan yg masih terbelenggu dlm dunia rokok, aku juga tidak terkecuali memiliki persepsi tersendiri melihat seorang perokok lain. Ada yg negatif, ada yang positif. Namun aku juga tidak mampu membuat sebarang rumusan. Aku tak mahu bermungkir dgn diri, dan aku tak sanggup berjanji bilakah detiknya aku akan meninggalkan dunia seorang perokok ini... atau mungkinkah ia seiringan dengan waktu aku meninggalkan dunia yang serba fana ini?
Sunday, January 22, 2006
Kalau boring boring tu..
21 Jan 2006, Sabtu: Sewaktu balik dari Gombak aku singgah di satu kedai, AceHardware di Taman Melawati. Niat asal nak tengok2 aje..tapi terbeli jugak cecair pencuci kereta dan microfibre towel...walaupun kat rumah masih ada lagi pencuci keter.
Aku tak periksa pulak botol pencuci tu, balik2 rumah bila aku bukak, aku tengok dah bertebuk pulak seal penutupnya..mmm...nak komplen pun tak guna, tengok le kalo aku ke sana aku nak kasi tau kat towkey tu..itupun kalau dia percaya. Aku tak pasti samada benda dlm botol tu original atau dah diganti benda lain..upset punya pasal ..malam tadi jugak aku terus basuh keter utk test benda tu dan aku tuang byk2..he he. Pencuci yg aku beli ni namanya Blue Coral..harga jauh murah dari AutoGlym yg aku ada tu.
Produk-produk detailing yg aku ada..wakaka.. He he dah lama jugak aku tak basuh keter....harapkan hujan je tolong basuhkan. Selalunya basuh dan lap keter aku ambik masa hampir 1 jam. Apa lagi kalau detailing, the whole proses paling cikai kalu buat sendiri ambik masa 8 jam...tu org ckp ler..he he..
22 Jan 2006, hari ini: Disebabkan malam tadi dah basuh, pagi ni aku saja gatai tangan sapu wax kat keter...jenama Meguiers Gold Class.. menyapunya ok, tapi disebabkan tiada rotary buffer, kena gosok wax tu dgn tangan.. agak melenguhkan, tapi elok utk exercise..he he. Mmg mendahagakan, sib baik aku dah masukkan satu mug teh tarik tongkat ali dalam microwave.... he he.
kain pengelap & sponges di jemuran
Mmg aku teruja jugak dgn car detailing ni...tapi tak mampu nak buat cam diorang yg kaki tu. Byk sgt proses, byk masa, dan kos pulak tinggi. Ada yg pakai sandpaper, ada yg pakai claybar, polish resin dan ntah aper2..siap ada kod-kod no. lagi. Dekat rumah aku ada tempat basuh keter pakai produk Autoglym..dia caj rm180 utk polish, rm80 utk wax saje...tu kira murah ler banding yg aku pernah tau.. tapi itupun aku tak sanggup. Basuh sendiri dan memadai letak wax sket... Setelah pakai Blue Coral ni, aku dapati hasilnya mmg memuaskan tapi AutoGlym lagi memberi hasil yg lebih cemerlang, tak heranlah kaki-kaki detailing rave about this product walaupun harganya yg tak memuaskan. Cuma, basuh pakai AutoGlym tak puas, sbb kurang berbuih..
Utk kali ini aku cuma basuh body je...interior dan cermin keter lain kali ler...he he. Aku pernah terbaca yg kaki detailing ni kalau bercuti panjang ke rumah mentua..diorang siap bawak set-set detailing mereka..he he. Cuti raya cina ni, boleh le saper yg balik rumah mentua.. kat Bidor ke, BBB ke.. buat le apa yg patut...he he

Keter ini pun pakai pencuci Blue Coral...tapi tuannya siap polish.
Subscribe to:
Posts (Atom)

