
Thursday, January 26, 2006
Konfesi seorang perokok

Masa aku berhenti di sebuah traffic light masa balik keje semalam (25 Jan 06), di sebelah kiri ku ada Gen2 berwarna hitam..tingkap separuh terbuka dan aku lihat seorang gadis Melayu berambut blonde sikit.. mirip personaliti tv norazalina redzuan tapi lebih putih. Mungkin dia pun dlm perjalanan pulang keje. Aku lihat gadis tu merokok..perhh. Mmmm..aku sendiri pun dah tak suka merokok dlm kereta...pertama sbb takut terbakar kusyen, kedua tak mau keter bau rokok.
Well..kalau masa boleh diputarkan, nescaya aku akan menjauhi rokok.. kerana kini aku percaya aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari byk segi jika aku tidak merokok dari dulu. Tanpa merokok, aku mungkin lebih berjaya dan lebih bergaya...he he. Merokok menjadikan aku seorang yg suka ambil mudah dgn kehidupan, kesihatan dan penampilan diri. Merokok mungkin telah menjadikan aku kurang berjaya dan bergaya.. Melihat seorang lain tidak merokok kdg-kdg diri terasa kerdil dan hina. Justeru aku lebih suka merokok bersendirian. Tidak benar bagiku jika merokok utk menunjuk-nunjuk atau bergaya etc. Merokok yg seronok adalah merokok bersendirian...apatah lagi di kawasan tanah tinggi di waktu pagi yg dingin ditemani segelas susu yang panas..he he
Aku sedar merokok membuang masa dan duit.... Bayangkan sebatang rokok seseorang terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 7 minit dan jika sekotak sehari (20 btg) bermakna 140 minit. Byk perkara yg berfaedah yg boleh dilakukan. Seseorang juga terpaksa menghabiskan RM7 sehari utk sekotak., kalau sebulan RM210, kalau setahun RM2520 ..kalau 20 tahun RM50,400...sbg perokok aku selalu jugak beli vitamin C, itu kos lagi. Alangkah bagus setiap bulan duit utk rokok tu masuk dalam ASB ke, Tabung Aji ke... Bukan aku tidak sedar, malah dah lama sedar...tapi entah lah...
Aku mula merokok sewaktu berumur 17 tahun.....tatkala ada perlawanan bolatampar di gelanggang Sek Yuk Choy di bandar ipoh. Pasukan aku masa tu masuk Bolatampar Terbuka Perak Under 20. So, masa sebelum warm up tu..bbrp member aku ke tempat agak gelap utk berkembut....masa tu rokok Pall Mall. Byk asap rokok tu..
Bermula dari tu aku rasa seronok...Pehtu masa tengah exam SPM, di hostel tinggal budak form 5 je..member2 perokok aku Mat Cool, Khairul Oldman...diorang ni sebaik2 manusia..cool dan org tua le katakan. Time tu rokok aku Peter Stuyvesant...Ada org kata merokok itu seronok ...tapi tak tau apa yg seronok. Seperti juga tidur...org kata ia menyeronokkan, tapi bagaimana atau bila waktunya?
Aku tertarik dgn coretan di blog mr. clarias (bekas seorang perokok) serta komen mr budakbudu (juga ex smoker). Aku ucapkan syabas utk mereka.
Dunia ini penuh dgn kepelbagaian. Begitulah jua kita sebagai insan yg semestinya berbeda dari segi persepsi, andaian dan rumusan. Sebagai insan yg masih terbelenggu dlm dunia rokok, aku juga tidak terkecuali memiliki persepsi tersendiri melihat seorang perokok lain. Ada yg negatif, ada yang positif. Namun aku juga tidak mampu membuat sebarang rumusan. Aku tak mahu bermungkir dgn diri, dan aku tak sanggup berjanji bilakah detiknya aku akan meninggalkan dunia seorang perokok ini... atau mungkinkah ia seiringan dengan waktu aku meninggalkan dunia yang serba fana ini?
Sunday, January 22, 2006
Kalau boring boring tu..
21 Jan 2006, Sabtu: Sewaktu balik dari Gombak aku singgah di satu kedai, AceHardware di Taman Melawati. Niat asal nak tengok2 aje..tapi terbeli jugak cecair pencuci kereta dan microfibre towel...walaupun kat rumah masih ada lagi pencuci keter.
Aku tak periksa pulak botol pencuci tu, balik2 rumah bila aku bukak, aku tengok dah bertebuk pulak seal penutupnya..mmm...nak komplen pun tak guna, tengok le kalo aku ke sana aku nak kasi tau kat towkey tu..itupun kalau dia percaya. Aku tak pasti samada benda dlm botol tu original atau dah diganti benda lain..upset punya pasal ..malam tadi jugak aku terus basuh keter utk test benda tu dan aku tuang byk2..he he. Pencuci yg aku beli ni namanya Blue Coral..harga jauh murah dari AutoGlym yg aku ada tu.
Produk-produk detailing yg aku ada..wakaka.. He he dah lama jugak aku tak basuh keter....harapkan hujan je tolong basuhkan. Selalunya basuh dan lap keter aku ambik masa hampir 1 jam. Apa lagi kalau detailing, the whole proses paling cikai kalu buat sendiri ambik masa 8 jam...tu org ckp ler..he he..
22 Jan 2006, hari ini: Disebabkan malam tadi dah basuh, pagi ni aku saja gatai tangan sapu wax kat keter...jenama Meguiers Gold Class.. menyapunya ok, tapi disebabkan tiada rotary buffer, kena gosok wax tu dgn tangan.. agak melenguhkan, tapi elok utk exercise..he he. Mmg mendahagakan, sib baik aku dah masukkan satu mug teh tarik tongkat ali dalam microwave.... he he.
kain pengelap & sponges di jemuran
Mmg aku teruja jugak dgn car detailing ni...tapi tak mampu nak buat cam diorang yg kaki tu. Byk sgt proses, byk masa, dan kos pulak tinggi. Ada yg pakai sandpaper, ada yg pakai claybar, polish resin dan ntah aper2..siap ada kod-kod no. lagi. Dekat rumah aku ada tempat basuh keter pakai produk Autoglym..dia caj rm180 utk polish, rm80 utk wax saje...tu kira murah ler banding yg aku pernah tau.. tapi itupun aku tak sanggup. Basuh sendiri dan memadai letak wax sket... Setelah pakai Blue Coral ni, aku dapati hasilnya mmg memuaskan tapi AutoGlym lagi memberi hasil yg lebih cemerlang, tak heranlah kaki-kaki detailing rave about this product walaupun harganya yg tak memuaskan. Cuma, basuh pakai AutoGlym tak puas, sbb kurang berbuih..
Utk kali ini aku cuma basuh body je...interior dan cermin keter lain kali ler...he he. Aku pernah terbaca yg kaki detailing ni kalau bercuti panjang ke rumah mentua..diorang siap bawak set-set detailing mereka..he he. Cuti raya cina ni, boleh le saper yg balik rumah mentua.. kat Bidor ke, BBB ke.. buat le apa yg patut...he he

Keter ini pun pakai pencuci Blue Coral...tapi tuannya siap polish.
Wednesday, January 18, 2006
Dapatkan di Pasaran
Kalau jumpa majalah ni di pasaran, jgn tak beli...he he
Kdg-kdg bila balik kerja, kita inginkan suasana yg relax dan santai di rumah. Bukan rumah yang penuh dgn perabut, cukup le satu dua asal jgn tak de.. Kalau rumah penuh barang2 dan penghuni jenis sibuk dan takda masa nak maintain, boleh jadi cam tongkang pecah rumah tu. Pada aku, less is ideal.. dan aku mengkagumi rumah berkonsep minimalist, nampak spacious, smart dan senang maintain... Duit pun tak habis beli benda mcm2. Sedara mara, member datang senang nak berlunjur baring ikut mana hala. Pandangan pun tak berserabut dan otak pun tak kusut. Barulah relax ertikata sebenarnya. Aku pun cuba tak mau berserabut tapi kekadang kesian jugak tetamu datang terpaksa duduk bersila ataupun duduk kat meja makan je walaupun tak de benda nak dimakan....he he
Kdg-kdg bila balik kerja, kita inginkan suasana yg relax dan santai di rumah. Bukan rumah yang penuh dgn perabut, cukup le satu dua asal jgn tak de.. Kalau rumah penuh barang2 dan penghuni jenis sibuk dan takda masa nak maintain, boleh jadi cam tongkang pecah rumah tu. Pada aku, less is ideal.. dan aku mengkagumi rumah berkonsep minimalist, nampak spacious, smart dan senang maintain... Duit pun tak habis beli benda mcm2. Sedara mara, member datang senang nak berlunjur baring ikut mana hala. Pandangan pun tak berserabut dan otak pun tak kusut. Barulah relax ertikata sebenarnya. Aku pun cuba tak mau berserabut tapi kekadang kesian jugak tetamu datang terpaksa duduk bersila ataupun duduk kat meja makan je walaupun tak de benda nak dimakan....he heThursday, January 12, 2006
Budak2 zaman sekarang
Budak2 sekarang aku lihat mewah betul....tak seperti zaman aku dulu2. Zaman dulu mana kenai TV byk2 channel, 24 jam pulak tu, video dan komputer games, dll. Skang ni pulak budak2 sekolah bawak henpon pi sekolah dah jadi biasa. Even anak2 buah aku yg masih sekolah rendah pun dah ada henpon. Apakah henpon dah jadi satu keperluan pd budak2 skang. Asyik main game jer aku tengok...nak sound takut makpak dorang marah dgn aku.
Aku dpt main game pun start umur belasan tahun, tu pun main arcade game yg bayar 20 sen cam pin ball, race keter dan pacman (alltime favourite). Skang bukan main mewah budak2... Kalo ler aku dilahirkan zaman skang ni..tak tau le camana.. sbb aku ni mmg suka sgt games tu semua..
Monday, January 09, 2006
Salam Aidiladha
Subscribe to:
Posts (Atom)

