Saturday, March 04, 2006

Bandoeng Parijs van Java II

Percutian ke Bandung baru-baru ini sebenarnya berjaya membawa aku jauh dari keserabutan kerja biarpun untuk seketika. Bercuti di tempat orang sekurang2nya dapat melapangkan fikiran serta meredakan sebentar stress dan tension dek bebanan kerja. Bercuti membolehkan kita meluangkan masa untuk diri yg selama ini kita kdg2 terlupa yg kita juga perlu berehat untuk menyegar mau pun memulih minda. Di waktu itu kita dapat menjadi diri kita seadanya sambil berpeluang menyaksikan panorama di luar sana yg bisa membuat kita kembali berpijak di bumi yg nyata.
Orang kata melancung itu sesuatu yg membazir. Tidak samasekali bagiku!... Tanyalah pada mereka yg kerap bercuti melancung, jawaban mereka sama seperti aku. Ia memberikan satu keseronokan yang sukar diungkapkan...Berada di tempat asing membuka mata dan fikiran kita, cumanya, destinasi percutian tertakluk kepada isi kantung...bagiku jika diikutkan, mahu aku jelajah setiap ceruk dan sudut di mukabumi ini namun itu satu perkara mustahil untuk direalisasikan.
Apa yang kita cari bila berpergian ke tempat orang? Bagiku, aku tidak pernah meletakkan harapan yg tinggi pada tempat yg akan ku lawati, apatah lagi jika ianya kali yg pertama. Tak kira di dalam maupun di negeri luar, semasa berada di tempat orang aku suka melihat lanskap mukabuminya, sejarah, arsitektur dan susunatur kotanya, gaya hidup penghuninya, kreativiti masyarakatnya, makanan, tempat tourist, tempat belanja dsbnya.
Meskipun dlm tempoh yg singkat, di Bandung aku :-
***cuba bertutur seboleh mungkin dlm bahasa tempatan..hinggakan ada yg bertanya samada aku berasal dari Ujung Padang, di mana tu ye? he he.... tips aku, cubalah bertutur dan bergaya cam org tempatan..bak kata org..when in Rome, do as the Romans do..
***melihat ramai anak-anak muda bermain gitar sambil bernyanyi dan datang kepada kita dgn harapan kita menghulurkan seberapa yg ikhlas
***perhati orang-orang Bandung lepak di tempat makan pada waktu malam tanpa meja..duduk di atas stool dan memegang pinggan atau gelas..agak kekok bila aku cuba, tapi it was fun bila melihat puluhan orang lain berbuat demikian.
***melihat peminta sedekah datang kpd kita sambil bernyanyi bengawan solo dsbnya
***pengangkutan dgn Angkot, Taksi dan Beca. Aku syorkan naik teksi syarikat bluebird atau gemah repah..selesa. Teksinya byk guna Vios.
***dikerumuni oleh penjaja2 cenderamata seramai lebih 10 orang yg merayu mohon dibeli jualannya sampai aku bisa pusing..
***melihat tanah-tanah di Lembang berwarna hitam, dimaklumkan tanah-tanah itulah dibungkus dan dijual sampai ke Jakarta kerana ia subur (larva gunung berapi)
***kuda menjadi media pengangkutan di Lembang, di Bandung pun ada sekor dua..
***banyak sungguh buah alpukat, mungkin musim dia gamaknya
***banyak org jual sate kelinci .. baru tau kelinci itu apa.
***tak de teh tarik, jgn le dok mintak. Diorang minum teh pun tak campur susu..itu pelik bagi mereka, ..tapi air kelapa dicampur susu, air durian belanda pun bercampur susu.
***ramai orang di kaki lima masjid, ada yg borak dgn kawan2, ada yg yg membaca, ada yg baring, ada yg makan minum dan ramai penjaja makanan spt mee, bakso dsbnya di pinggir kaki lima tersebut.
***bila time makan, aku cuba makan petai goreng..mmm..enak..he he
*** ada ikan mas goreng,..tak sanggup aku makan kalau betul itu ikan mas
***bila berurusan di kedai-kedai, kdg-kdg otak jadi blank sbb pegang duit ratus ribu, juta-juta ni..so, hati-hati jgn jadi jutawan yg senang ditipu.
*** Bandung sebuah kota yg sibuk, macet serta merupakan salah satu destinasi utama di rantau ini utk membelibelah tekstil, barangan factory outlets..
Berada sekejap di Bandung, aku hanya berkesempatan melihat sedikit saja isinya..tidak sempat melawat Gedung Sate, muzium, safari maupun ke mall2 spt Bandung Super Mall, Kebon Kelapa dsbnya.
Tak tau bila aku akan berkunjung lagi...apa-apa pun kena tengok masa yg sesuai dan kantung mesti ada isi dulu baru boleh direncanakan..

Wednesday, March 01, 2006

Bandoeng Parijs Van Java

Tanggal 24 Feb 2006 aku ke Bandung ....Bandoeng Parijs Van Java (Paris of Java) dgn cuti rehat yg aku pohon sejak sebulan lalu. Sebelum berangkat aku tidak mengharapkan suatu yg istimewa dari Bandung.
Ini kali pertama aku ke Bandung yg jua dijoloki sebagai Kota Kembang..kembang maksudnya bunga. Diorang kata suatu masa dulu kota ini banyak bunga-bungaan sbb dulu cuacanya agak dingin. Tapi biasalah bila hutan-hutan ditebang, penempatan byk dibangunkan dan kota bertambah pesat, padat dan polutted, keadaan kini biasa aje ..tak heran kalu Cameron Highland nanti pun akan jadi cam ni.. Yg aku nampak Bandung sebuah kota tua, ia digelar Paris van Java kerana kewujudan bbrp bangunan art deco, taman-taman, villa etc sejak diasaskan oleh Belanda pada 1810. Ada deretan pokok-pokok besar di bbrp jalan di Bandung yg begitu menarik perhatianku, tak sempat nak berfoto sbb dlm kereta. Bandung ...macet (traffic jam), kenderaan bertali arus. Nak lintas jalan punya le susah, bisa bingung dibuatnya... Bandung juga digelar Kota Pelajar selain Djokjakarta sbb byk U di sini.
Penginapan: Di hari pertama aku menginap di Hotel Mutiara, tapi sbb lokasi agak jauh dari kompleks atau bazar kami pun mencari hotel lain. Saja-saja tanya kalau ada bilik di Preanger atau Savoy Homan tapi penuh. Elok le..sbb ratenya tinggi dan agak membazir kalau nginap di hotel sebegitu sbb kita datang bukan nak duduk di bilik. Savoy Homan tu hotel tua, Charlie Chaplin pernah menginap di situ sampai 3 kali. Utk mendekatkan kami dgn kawasan Alun-alun kami pun berpindah ke Hotel Naripan yg keadaan hotelnya juga baik.
Makanan: Meskipun majoriti penduduk Bandung adalah kaum sunda. Makanan di sini pelbagai..ada makanan sunda, makanan padang dsbnya. Makanan sunda enak..nasi atau lauk dibungkus atau dilapik dgn daun pisang..setiap hidangan ada ulam-ulaman. Itu gamaknya orang di sini rata-ratanya cantik atau sedap mata memandang. No wonder Bandung digelar Gudang Artis/Model..
Kehidupan: Di sini aku boleh melihat ada jurang antara yg kaya dan mereka yg kepayahan hidup. Sampai bermain di pikiranku, apakah mereka telah dikelaskan seperti itu. Satu pemandangan biasa di sini bila kita didatangi anak-anak muda yg bernyanyi sambil bermain gitar, ..kalau tak hulur, angkat tangan aje..mereka pun berlalu dgn sopan. Begitu ramai mereka, dan agak bagus persembahan mereka...kalau kereta dlm traffic jam atau menunggu lampu hijau, anak-anak muda ini akan datang ke tingkap kereta sambil main gitar dan bernyanyi..
Shopping: Waduh...ini le kali pertama aku ke sebuah kota yg benar-benar utk shopping. Bandung ni juga rupanya pusat tekstil utama di rantau ini..mcm2 fabrik ada di sini. Kebetulan weekend, traffic jam agak teruk, Bandung merupakan destinasi org2 Jakarta utk escape dari kota Jakarta yg hangat serta tempat utk mrk bershopping di hujung minggu. Juga Bandung sgt terkenal dgn factory outletsnya. Kalau nak cari barangan berjenama, yg ori atau ASPAL (asli tapi palsu) mmg banyak. Siapa yg bukan jenis kaki shopping pun boleh teruja dibuatnya. Tak perlu pergi ratusan tempat di Bandung ini, memadai di Pasar Baru, makcik-makcik yg kaki shopping tu boleh sawan sekejap dibuatnya...he he. Pelbagai dan jauh lebih murah dari KL. Ini diakui sendiri seorang pakcik yg kami kira seorang somebody yg kami temui, membelikan sepasang kain ela utk bininya. Sepasang kain yg dibelinya berharga RM300 di Bandung itu boleh mencecah RM1000 di KLCC...Aku salute peniaga2 di Bandung, kalau kita tak beli, layanan tetap baik dan mesra.
Pagi minggu 26 Feb kami ke kawasan gunung berapi Tangkuban Perahu..legenda si Tanggang. Yg kapalnya jadi batu tu...yg aku tak tahan kat sini ramai sgt mamat-mamat penjual cenderamata yg sentiasa mengekor sampai le kita seakan rasa terpaksa dan kesian, lantas membeli jualannya...
Bercuti 5 hari 4 malam di Bandung tidak memberi byk penghayatan kepada aku, dan aku tidak menolak kemungkinan suatu waktu nanti aku akan berkunjung lagi ke sini...

Monday, February 20, 2006

Hilang dan simpati

Bbrp bulan dulu aku ada berceriter pasal kegelabahan aku mencari kereta aku yg 'hilang' kat parking lot . Sempat le aku panik bbrp minit..
Dua hari lepas, salah sorang member aku mengalami kisah benar.....bangun2 tidur tengok kereta tak de depan rumah. Sebagai kwn aku sgt bersimpati tapi tak tau nak buat macamana. Mmg kesian aku tgk member aku tu, esp bila mikirkan kereta tu sgt banyak gunanya..ambik hantar anak2 pi sekolah, pergi balik keje, balik kampong dll. Loan pun masih ada. Kesian bila terbayangkan muka anak-anaknya.
Bengang sungguh aku dgn org yg hidup mencari jalan mudah dan menyusahkan kehidupan orang lain.

Monday, February 13, 2006

Bace membace

Dah lama aku tak membaca buku-buku, tahun lepas tak tau brp buku..bila keadaan tak mengizinkan membaca ni mmg sukar dilakukan. Ia memerlukan waktu yg releks dgn minda yg tak berserabut.
Hari tu aku ke Alamanda (tak de tempat lain ke..he he). Sajer singgah kat kedai buku MPH, lagi pun aku saja nak mengaktifkan kad ahli dgn membeli refil pen dan kalau ada yg perkenan aku beli le satu buku. Sempat juga aku terbelek bbrp buku..antaranya 'mckkk impressions(1905-2005)'. Ia merupakan koleksi coretan/catatan yg agak menarik budak2 sekolah tu serta bbrp individu lain. Ada bbrp catatan tu menarik perhatianku dan sumbernya aku tgk dari internet jugak seperti Our Friend or Foe dan Ugly Ties. Malas nak belek lama-lama buku tu, so balik rumah aku search kat net catatan2 tu.
Aku minat novel The Zahir oleh Paulo Colheo sbb bahasa yg agak aku suka tapi masa balik terambil novel 'eleven minutes' dari pengarang yg sama.. he he...tak tau bila nak habis. Baru baca dua tiga page , mengantuk pulak..

Tuesday, February 07, 2006

Hujung Minggu di Gua Kota Gelangi

Mmmm..dah lama tak memblog. rutin kerja yg harubiru membuat aku kurang masa utk bercerita walau mencoret sebaris ayat yg murah. Di hujung minggu aku berada di daerah negeri kelahiran nadzri (budakbudu). Kebetulan nadzri pun ada call sewaktu aku di sini, waktu tu aku sedang ber BBQ,.. Sibuk sebagai urusetia, sibuk juga bersedia membentang halatuju dan perancangan bahagian membuatkan aku agak exhausted, haggard, unmanaged, whatsoever... Kemudian di malam minggu itu pula kumpulan kami mengikuti night walk..jalan-jalan di perkarangan sebuah gua yg dikata berusia 150 juta tahun. Suasana agak gelap hanya berteman lilin yg dipegang oleh ketua kumpulan, aku lebih melihat ke atas, ke arah bulan dan bintang-bintang berserakan di langit biru seolah mengintai dari celahan juntaian ranting dan dahan pohonan gergasi di pinggiran jalan. Ia menyajikan pemandangan gothic yang agak mengasyikkan bagi seorang aku..Sayangnya aku tidak berkesempatan utk merakamkan suasana malam yg syahdu itu. Namun ia terakam di kotak minda seorang pencinta alam seperti aku..
Pagi Minggu: Mmmm...suatu pengalaman luarbiasa bilamana kami terpaksa menjelajah ke dalam gua yg tak kutahu apa yg ada di dalamnya, seolah-olah misteri nusantera gayanya. Agak memeritkan bila terpaksa menyusuri tebing-tebing tinggi dlm suasana malap dan gelap berteman lilin, dengan kasut yg tak brp grip kalau tersilap cara boleh terhumban ke jurang yg gelap gelita di bawah. Kami terpaksa merangkak, memanjat dan menyusup lubang yg sempit. Huhh..kalau tahu begini, nescaya hampir semua tidak akan menyertai aktiviti ini. Yg mulanya disangka sekadar melawat dan bersantai di gua perlancungan mcm Gua Kelam di Perlis atau Batu Caves tempat Thaipusam tu..rupanya ia satu ekspedisi yg begitu mencabar fizikal dan mental peserta.
Biarpun tidak dinyatakan apa motif penjelajahan ini, namun padaku ia membawa banyak makna yg tersirat yg aku boleh rungkaikan sendiri. Keyakinan diri, kekuatan fizikal, penumpuan mental, semangat berpasukan, setiakawan semuanya sangat perlu dalam saat-saat sebegini. Namun bagiku perjalanan ini membuka mata dan mindaku tentang keperitan hidup insan-insan yg tak senasib dgnku spt. sang pencari sarang burung layang2, pencari najis kelawar, pelombong dsbnya. Sekiranya diamati, begitu bersyukurnya kita yg saban hari selalu selesa dgn kerusi empuk di opis dgn dingin hawa yg nyaman... yg bila terputus bekalan elektrik atau aircon tidak berfungsi barang seketika, kita pun riuh melata-rata ... kerana suasana gelap, panas dan berkuap, ibarat gua begitulah kiranya tapi tak ada stalaktait stalagmait, cave pearls, crystal hyacinth dan ntah mcm2 lagi..