Monday, December 19, 2005

Fanatik pada yg fantastik


Click the pic to read
Ntah mana aku letak folder sijil2 sekolah aku...aku harap semua tak hilang, mungkin ada kat opis. Kalo hilang, tandanya aku takkan gatai tangan lagi apply apa2 benda promotion in future.. Yang ada cuma folder lama. Masa belek2 folder lama warna oren tu, terjumpa satu keratan akhbar lama ...he he, satu coretan masa aku tgh rajin dan fanatik mengikuti perkembangan bolasepak tanahair suatu ketika dulu.
Dulu tahun 89 dan awal 90an aku agak fasih dan tak gagap bila berbicara pasal senario bolasepak semi-pro era tu, masa tu sebut jer pemain mana.. aku kenal, termasuk pemain2 simpanan. Rajin sungguh aku, sampai dua kali aku hantar komen dlm paper Utusan..tapi pakai nick Pemerhati Bebas. Pastu pernah sekali call NST , teka dan komen sikit pasukan mana akan menang final Piala Malaysia tahun tu, terpampang nama aku, masa tu nama betul.. macam bagus je....hehe. Kalau aku minat dgn hobi tu sanggup buat apa yg mampu..kalau study tak mau plak camtu..Masa tu aku pun ada t-shirt, cap, muffler.....selalu beli majalah2 pantang ada citer Yop atau team yg sensasi cam Singapura etc...
Mmg fanatik sikit aku dgn bola semi-pro masa tu...ramai star2 pulak tu,...Azizol Abu Hanifah, Abas Saad, Alan Davidson, Fandi Ahmad adalah antara bintang yg aku kagum ...dan pasukan yg buat aku jadi 'kipas susah mati' masa tu ialah pasukan Kejor Yop Kejor, sama cam mr. clarias..hehe.. Masa tu kalo pasukan Yop main kat KL atau Paroi... aku sedaya-upaya pergi..member2 yg aku ajak tu negeri mereka kurang menyerlah zaman tu cam Melaka dsbnya tapi minat bola, dan aku suruh mrk sokong Yop baru aku belanja..kalau tidak sorry. Nengok kat stadium ni lebih thrill, dan lebih adrenalin rushnya. Lagi satu kalau Yop menang, happy sungguh masa balik tu sampai susah pulak aku nak tidor...esok atau hari Isninnya pulak murah hati belanja member2 minum pagi pukul 10 utk meraikannya. Itu kalau menang, kalau Yop kalah siap ler utk menyorok, tak turun minum seminggu. Sbb masa tu mmg hebat sgt gaduh kutuk mengutuk pasal bola ni..antara seteru utama pasukan Yop kat tempat kerja masa tu ialah penyokong selangor, terengganu ...huh.. kutukan mereka begitu pedih, sinis dan berbisa..
Tapi sejak gejala jual permainan, bookie etc, dan star2 yg aku minat tu terlibat dan kena buang daerah dsbnya...aku dah tak fanatik lagi...walaupun entah bila2 sesekali member ajak tgk final melibatkan team Yop aku pun contact member kampong utk dptkan bbrp tiket free. Ada sekali tu aku dpt 4 tiket dan 4 t-shirt free, sorang member aku org melaka pulak yg lebih excited nak pergi utk rasmikan kereta barunya yg baru keluar hari tu ke bukit jalil..tapi malang, masa balik tgk kereta baru dia kena calar, tak pasal-pasal...
Skang aku dah tak tau satu abok pun ttg citer bolasepak tanahair ni...tak kenai pun saper pemain2, pegawai2....yg aku kenai dan yg masih ada...Raja Ahmad Zainuddin yg aku puji melambung2 dlm komen akhbar kat atas tu. Mungkin jugak sikit sebanyak komen2 aku tu membuka luas mata org pada dia...he he..dalam dunia ini byk yg berkemungkinan..
p/s: dlm komen paper tu aku terkutuk pahang sikit.....to budakbudu, I really owe u an apology.....he he..

Saturday, December 17, 2005

Masih di sini

"Kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang pak malau dagang bertempat, dagang hamba menumpang lalu"
Tak sangka aku boleh berada di sini. Kajang sebuah pekan yg padat..jalan-jalannya tak semegah segitiga emas apatah lagi orchard road di singapura tu, tapi ia tetap menarik pengunjung kerana sate nya. Waktu aku mula-mula di sini, bau sate semerbak di pekan kecil ini...mungkin di masa tu aku tak biasa lagi. Sekarang aku dah immune, tak terhidu sgt dah..atau mungkin juga sate2 dah dilonggokkan di medan sate yg jauh sikit dari pusat pekan, sekarang kat sebelah stadium tu...tapi ada juga bbrp kedai kat tempat lama.
Miskipun aku dah jadi orang pekan ini, aku boleh dikira berapa kali setahun aku makan sate. Kalo ada sedara-mara datang, baru le aku beli sate, tu pun bungkus...sekali2 tu ntah apa giler ada jugak aku pi makan sate kat medan sate tu...Tapi aku lebih nostalgia sate di kampongku di teluk ensen dan kuahnya juga lebih sedap...
Disebabkan Kajang ramai orang dan padat dgn premis2 perniagaan, kerja ubahsuai camanapun ia tetap kecil dan menyesakkan. Ntah brp kali tah jalan dan lorong bertukar-tukar arah semata2 nak mengurangkan traffic jam..tapi tetap camtu jugak. Skang dgn membangunnya Bandar Baru Bangi dgn premis2 perniagaan dan pasaraya2 membeli belah dibina di kawasan agak berjarak dari pusat pekan spt Giant, Tesco, Bintang (dekat rumah Mr Clarias) maka makhluk2 pun tak mengerumuni pekan kecil tapi sesak ni. Dan mujur sekarang dah ada lebuhraya sutera (silk highway), seremban-semenyih bypass,.. kalo tak buat camtu boleh lemas pakcik.

Di atas bukit inilah suatu ketika dulu aku pernah jogging, masa tu ..ramai org joging atau ambik angin petang tengok sekeliling kajang. Sekarang aku dah tak jogging lagi..

Masa aku jogging dulu, terdapat tapak yg lapang dan luas kat atas puncak bukit mewah ni...ramai org lepak2. Pehtu tak boleh lepak lagi sbb kondo ni dibina. Mmg seronok saper yg duduk kondo ni... terletak kat puncak paling tinggi kat kajang, pergi pekan jalan kaki jer.. harganya dulu dlm RM110K, kira murah sbb masa tu tgh heboh tragedi highland tower tahun 93. skang harga berlipat ganda pulak dah..300K, kalo penthouse boleh cecah 500K. Aku suka tengok condo ni..Lokasi cantik, boleh tgk kwsn from bird's eye view...KLCC twin tower pun clear, genting highland cam dekat jer..masa dulu mana reti nak invest benda2 property ni..

Banyak nak citer...esok mai lain la..

Kajang ekomuniti

Thursday, December 15, 2005

At last..at least something


Remember my post on 8 Oct this year , more than two months ago? Now the flowers have already transformed into fruits. It's only five...nevertherless it's quite good for a bad planter like me. Anyway, till now I keep on wondering what variety this fruit belongs to. Chokanan?...nayyy...since the texture of the flesh is somewhat fibrous, and crisp....the skin's a lil thicker than chokanan's. When ripe, the unpeeled fruit gives a distinctive resinous sweet smell. Color of the flesh is deep yellow to orenji..(apologize for my colorblindness) and it tastes as sweet as honey.

I bought the seedling in August 1999 at Stadium Bukit Jalil when I was on duty as an exhibitor (hehe sounds funny, LOL) at AGEX 99. The label on the seedling bag was of Malgoa's variety thus I inclined to believe it due to the appearance of the leaves and it was the reason I bought it. Then I realized I was a dupe of my own ignorance...looks can be deceiving. Anyway, I like this fruit whatever it is. I like it better than apples, peaches or even Kuala Pilah's dragon fruits but eating it quite messy, unless you care to remove the skin with patience and passion...attributes I'm lacking of. One of my colleagues also bought one for his home. His plant grew so vigourously and became mabuk daun even disrupting the power lines near his house, but still bearing no fruit at all not even any sign of flowering..whereas mine have been fruiting twice. So, early this year the poor guy chopped down the tree..I feel sorry for him.. and the plant too.

Hehehe I still found this nametag hanging on my wall...I never meant to keep it, but at least it reminds me of something about the past.

Tuesday, December 13, 2005

Ebiet

Tak de ape nak diblog, ceriter sikit pasal CD si Ebiet GAde.
Bila aku tau zali berada di Medan, aku hantar mesej kpdnya minta beli CD EbietGAde, ...sbb di KL payah nak jumpa. Dia jawab 'OK tuan'....teringat zaman aku berkerja di Paloh Hinai dan Caruk Puting dulu, di sana aku dipanggil 'tuan'...he he.. Bila zali balik, rupanya dia beli dua CD,..aku tanya brp puluh ribu harganya..dia kata lebihkurang 40 ribu satu, kalau aku nak bayar, bayar RM40 ribu..kalau tidak, FOC je...mudahan dia murah rezeki.
Kenal siapa dia Ebiet G Ade?
Dia seorang penyanyi lagu-lagu puisi dari Indonesia
Tidak ada penyanyi lain yang setanding dengannya
Kenapa?
Dia mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikannya sendiri
Dia tidak pernah menyanyikan lagu orang lain.
Satu hal yang menarik tentang Ebiet
Ebiet tidak pernah menyanyi sambil berdiri, kerana dia merasa kekok berbuat demikian
Dia lebih senang menyanyi sambil duduk dan memetik gitarnya.

Byk lagu2 ebiet yg aku suka spt Camelia I, II, III, IV.., Menjaring Matahari, Elegi Esok Pagi, Berita Kepada Kawan, Rembulan Menangis, Titip Rindu Buat Ayah, etc.... Lagu2 Ebiet banyak yg menyedarkan kita ttg kehidupan, kematian seterusnya mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa.

Menjaring Matahari
Kabut, sengajakah engkau mewakili fikiranku. Pekat, hitam berarak menyelimuti matahari. Aku dan semua yang ada di sekelilingku merangkak menggapai dalam gelap. Mendung, benarkah petanda akan segera turun hujan. Deras, agar semua basah yang ada di muka bumi, siramilah juga jiwa kami semua yang tengah dirundung kegalauan... Roda zaman menggilas kita, terseret tertatih-tatih. Sumbu hidup terus diburu, berpacu dengan waktu. Tak ada yang dapat menolong, selain yang di sana... Tak ada yang dapat membantu, selain yang di sana.. Dialah Tuhan..............
Camelia IV
Batu hitam diatas tanah merah Disini akan kutumpahkan rindu Kugenggam lalu kutaburkan kembang Berlutut dan berdoa Syurgalah ditanganmu, Tuhanlah disisimu Kematian hanyalah tidur panjang Maka mimpi indahlah engkau Camellia

Tuesday, December 06, 2005

Hujung minggu di selatan

Jumaat 2 Dec 2005 - aku ke Johore mengunjungi rumah abangku Sofian di Pasir Gudang. Anak buahku dgn myvi barunya ajak berkonvoi ke sana, disebabkan inilah masa paling sesuai maka aku pun ambil cuti. Seingat aku, ini adalah kali ke enam aku mengunjungi Johore Baru...pertama kali dalam tahun 80an selepas praktikal di Kota Bahagia aku mengambil bas dari Segamat dan abgku menunggu di stesen bas JB. Masa tu abangku duduk rumah sewa bersama rakan-rakannya. Di waktu itu juga dia tgh asyik cintan-cintun dgn makwenya (kakak iparku sekarang..wakaka) Jadi percutianku waktu itu terpaksa dilayan oleh kawan-kawan rumahnya, all johorean javaneses....setengah pendapat mengatakan org jawa johore are the most friendliest people, dan berdasarkan pengalaman seminggu bersama mereka aku mmg bersetuju dgn kenyataan tersebut... Masa abgku tgh sibuk bercinta tu, kawan2 dialah yg entertain bawak aku pergi ronda2 JB, makan2 dan tengok wayang. Semua diorang support. Wayang yg aku tonton bersama diorang....the poltergeist ... citer seram.
Tapi kedatangan kali ni ..dua puluh tahun kemudian, aku tak ronda2 JB..padaku JB tak jauh beza dari bandar lain..
So, sabtu 3 Dec 2005: Aku ambil kesempatan ke seberang tambak, sekadar jalan2. Aku cuma mintak sofian tumpangkan aku ke terminal bas Larkin dan aku ambik bas ke Queen Street. RM2.40 tambang pergi (tambang balik SD2.40)…sama figure tapi nilai yg berbeza. Xchange rate time hari tu SD100>>>RM222.
Sampai di Queen Street aku jln2 sebentar di sekitar Rochor centre dan Arab Street ….arab street ni kalau nak shopping kain boleh le..org melayu byk shopping sini..cakap je kain apa...sutera , ..shantung..shantung shaluna?.. byk yg latest...pak arab pakistan tu yg cakap.
Dari Arab Street aku naik bas double-decker no. 7, bas ni pergi ke Bedok tapi aku turun di Orchard Road… Kalau nak shopping yg agak class dtg le ke orchard road…banyak malls yg besar2 kat sini..antara larat dgn tidak jer nak jalan…Aku tgk kawasan ini dah mula dihias utk Christmas…aku cuma masuk Paragon, Tangs dan Takasyimaya…takasyimaya ni selain dari level-level yg di atas, ada bbrp level lagi di bawah tanah.....aku bayangkan kat kawasan tu di bawah tanahnya cam sarang semut gamaknya...dgn laluan dan station2 MRT, underpass, shopping mall... oh ya kalau kita nak menyeberang guna underpass je, tak payah nak tunggu traffic light kat atas tu..
Sbb takde ape nak cari, dan tak suka pengaliran wang mencurah-curah ke negara luar aku tak shopping dlm ertikata sebenarnya...sekadar beli baju sale…SD15 sehelai, beli dua SD20..so aku beli dua.harga normal SD59 sehelai…murah je taste aku ni…
Dari Orchard Road aku naik MRT utk ke Bugis Street..MRT adalah transportation yg paling convenience..cepat dan tepat. Ada bbrp station yg aku lalui Sommerset, Dhoby Ghaut, City Hall..dari City Hall aku ambik train Marina Bay dan singgah di Bugis ....jalan2 sekejap di Bugis Junction. Gamaknya suatu ketika dulu, mungkin ramai org bugis kat sini...Agak happening jugak kawasan ini..
Dari Queen Street aku ambik bas Causeway Link utk pulang ke JB….di JB aku tak pusing pun sekadar singgah minum je..aku tak teruja dgn bandaraya ni, especially kat plaza angsana tu, punya le byk budak-budak melayu lepak2, yg pompuan pun ramai hisap rokok…so aku tak ada apa nak citer pasal JB ni..cuma sekadar kata2 ...
Tanjung Puteri..
di mana menghilang
hembusan syahdu angin Selat Teberau
di sisi pusara si Bongkok terkuburkah rindu?
Tanjung Puteri..
rebakkah sudah pantai Lido?
palsukah mesra Danga Bay yang keliru
selamat tinggal Tanjung Puteri
panjang umur berjumpa lagi....