Semasa hujan lebat petang semalam, aku terdengar bunyi anak-anak kucing dari arah belakang rumahku. Bila aku jenguk melalui tingkap aku tengok ada anak-anak kucing sedang merangkak-rangkak lemah dalam longkang. Tak sampai hati membiarkan mereka lemas dalam hujan yg lebat tu. Mau tak mau walopun aku turut lenjun, aku pungut sekor demi sekor, lalu aku lap dan aku letakkan atas tuala2 buruk.
Aku tau ini mesti anak2 betina jalang yg suka merayau2, anak2 ditinggalkan. Dulu pernah ada 4 ekor anak, tapi semuanya telah mati...ada yg mati lemas dalam hujan, ada yg kena langgar, ada yg kena baham dgn kucing jantan dan anjing. Ibunya sendiri pun susah nak caya. Mmg kat luar tu banyak dugaan...
Kali ini aku cuba cari ibunya yg liar dan garang giler tu..walopun aku rasa tak mungkin aku boleh dekatnya, silap2 aku disergah. Anak2 yg dulu pun sgt liar sbb ikut tingkahlaku ibunya. Yg ini masa kuyup nampak ok, tapi dah kering mula tunjuk taring...
Nak aku lepaskan budak2 ini, aku tak yakin riwayat mereka bertahan lama. Nak bela, kena ada komitmen... dan petang ini pun hujan lebat lagi.....
Kali ini aku cuba cari ibunya yg liar dan garang giler tu..walopun aku rasa tak mungkin aku boleh dekatnya, silap2 aku disergah. Anak2 yg dulu pun sgt liar sbb ikut tingkahlaku ibunya. Yg ini masa kuyup nampak ok, tapi dah kering mula tunjuk taring...
Nak aku lepaskan budak2 ini, aku tak yakin riwayat mereka bertahan lama. Nak bela, kena ada komitmen... dan petang ini pun hujan lebat lagi.....
Update: 3 Jan 2008 - Anak-anak kucing ini aku letakkan di luar rumah setelah ibunya meroyan, mengiau-iau sampai memanjat tingkap. Lepas aku letakkan di luar terus digonggongnya dan disorok tak tau di mana.
**** Walaupun perkara ini sekadar picisan buat sesetengah orang, aku sebenarnya tertanya-tanya....sama ada wajar aku melepaskan anak-anak kucing itu kembali kepada ibunya. Jika aku pelihara, akan berdosakah aku memisahkan mereka dari ibunya? Tak mungkin aku memelihara siibu sekali disebabkan ibunya mmg garang.
8 comments:
Kesian ibu kucing tuh... sebenarnya bukan dia sorang yang perlu dipertanggung jawabkan, bapa anak-anak itu sebenarnya yang tikdak bertanggungjawab! Talian anNur 15999... sila dial
Nak buat camana, si bapak tak dapat dikesan.
Annur? hehe
biorla si kucing tu dengan habitatnya, aku rasa lebih afdhal kalau ko "bela" mana-mana anak dara yang ibunya tak garang macam Nyonya Mansor...he..he..tak gitu mc Budu?..kami boleh tolong sain jadi saksi...
apa-apa je le pak yob...aku baru nak jadi cam Abu Hurairah (bapa kucing)..hehe
habitat kucing yg aku jumpa tu tak semenggah, sekejap longkang, sekejap tempat sampah..ibunya pulak kerja belek tong sampah je...kalo kerja majistret,lawyer ok le jugak..hehe
Aku ni pencinta haiwan (kucing) sikit je..
Aku selalu terfikir, kalo bela lembu, ayam boleh dijadikan lauk..bela kucing dapat apa?... apa-apapun kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah..
i tak suke kucing..sowwy.. bau kucing pun tak suke..tak suke..
anony: i suke kucing, bau kucing pun ok..tapi i tak suke bau taik kucing...tak suke...kena cari makanan kucing yg boleh kasi wangi le..
Anak2 kucing perlu bersama ibu mereka at least 2 months....then u can separate them. Got a few who chose to make my home theirs too...
hahaha...lawaklah ko ni...tapi lepaskan je anak2 kucing tu..cian aaarrr ibu dia..
Post a Comment