Tuesday, December 25, 2007

Dalam seminggu


20 Dis 2007: Aidiladha kali ini, balik ke Teluk Intan bukan bertujuan untuk sambutan hari raya. Pulang kali ini kerana semalam mendapat berita ibu saudaraku (Nek) koma di hospital, akibat tekanan darah tinggi. Malangnya dlm perjalanan pagi itu, kami mendapat berita beliau telah pergi mengadap Illahi. Tika sampai, kami sempat ke tanah perkuburan sewaktu talqin dibacakan setelah jenazahnya dikebumikan.

Semasa kecil aku selalu bercuti di rumahnya. Aku rapat dgn sepupu2ku. Mmg seronok mandi sungai yg airnya begitu sejuk, makan durian, rambutan dan langsat. Berbeza dari kampongku yg ada parit tali air dan hanya banyak buah mempelam (buah2an lain kadang2 je).
Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Alfatihah.

22 Dis 2007: Tempat kerja buat majlis korban dan sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan. Jadi petugas, cuti terpaksa dikorbankan. Letih, tapi puas dan menyeronokkan.

23 Dis 2007: Ke Gombak. Makan-makan.

24 Dis 2007: Sepatutnya bercuti, tapi bertugas sbb ada urusan perlu dibuat. Di sebelah malam, melahu di KL dengan seorang rakan melihat kesibukan atau sekadar menyibuk di pusat beli belah yg agak baru, Pavillion. Jenguk sekejap je,..masuk satu, dua outlet je, melebihi tahap menarik aku. Ada ketikanya aku rasa spt melawat muzium ie...sekadar tengok je, nak pegang pun dak mahu. Teruja gak dgn clearance barangan calvin klein...mmg murah, seluar dalamnya cuma rm40 sehelai. Aku tak beli sbb byk lagi yg lebih murah di luar sana.

Masa balik, tak pasal2 terperangkap dlm crowd sbb christmas celebration..diorang main spray2 snow, hinggakan kereta aku disembur2...

25 Dis 2007: Cuti. Membuat apa yg patut... tapi tak sempat basuh kereta yg kena sembur snow malam tadi...kena tunggu hujan agaknya.



4 comments:

Harith Faruqi Sidek said...

Takziah atas berpulangnya "Nek" ke Rahmatullah..al-fatihah..

indica said...

Terimakasih.
Sepertikata Mcbudu, pakyob mesti ada kabar terbaru kalo tiba2 menjenguk ni..

Anonymous said...

Takziah juga.. dengor Cik Kiah dua orang tu banyak juga shopping, mamat dua orang yang dari rombongan lain tu pun shoping sakan juga.. terpelanting juga la kat atas meja ni... seronok kome bejalan atte.. teman juga le yang tak de kemana...

indica said...

sarahjiha: atte.. mikeme lagi le pueh dapat dok lama di engglan tu,..tu belum campo yg dok bertahun kat indon.
ye ke ada terpelanting...kat meja teman tak de pun? hehe..