Patutkah seseorang itu bercita-cita tinggi..patutkah kita mengejar pangkat dan darjat? atau memadai hidup ala kadar, sederhana berbasikal tua? Kalau aku tidak bercita-cita tinggi, apakah aku seorang pessimis, seorang pemalas atau seseorang yg telah letih? Bagaimanapun sebagai pemakan gaji yg saban bulan menerima payslip yg dull dan monotonous..ada waktunya jiwa bergelojak. Namun sepantas kilat aku tepis itu semua sbg godaan duniawi, dan mmg aku bukan seorang pencari pelangi...walaupun mungkin nanti ada yg kata ini syndrome sourgrapes, mmm....tak benar tu. Kena tanya Pak Yob yg mahir ttg sourgrapes ni, hehe...
Jus Alpukat..mudah, enak dan nyaman
Suatu ketika dahulu sewaktu melahu di kota Bandung, aku ternampak byk signage tertulis Jus Alpukat baik di restoran, cafe maupun warung. Apa itu alpukat? spesis Algojo kah ia?.....Kalau tgk promosinya cam bagus banget.... Disbbkan aku yg agak adventurous, dan kebetulan tgh haus pd satu ketika tu, aku pun singgah di satu warung jalanan. Org kata makanan di warung tepi jalan lebih enak dan murah...Mungkin betul, yg penting bagiku warung tu 'berkelubung', agak bersih dan terlindung dari anasir-anasir yg tak sepatutnya. Aku tanya embak empunya warung, apa itu alpukat..lalu ditunjukkannya buah avocado....Lerr. Lalu bermula le episod memesan Jus Alpukat, manakala kawan aku yg agak kurang adventurous pulak memesan Es campur..hehe. Itulah pertama kali aku menikmati avocado dlm rasa yg begitu enak dan nyaman. Sebelum ini aku pernah makan buah ini bila sorang kawan bawak balik dari kampongnya di Lenggong. Masa tu cara makannya, buah dibelah dua, tabur gula, scoop dgn sudu dan ngapp.....sedap jugak, seperti makan mentega dgn gula, hehe... tak heran le, nickname lain bagi avocado ialah 'buah mentega'.
Buah ni kalau yg local sebiji RM3.00, kalau jenis import yg lebih kecil dan berjerutu tu harganya RM4.00 sebiji..Lebih mahal dari buah durian. Kebetulan bulan puasa ni aku dapat dua biji, dan aku teringat Jus Alpukat yg aku minum di Bandung. Setelah google search akhirnya dapat jugak aku...Cara-cara Membuat Jus Alpukat
Mmm....enak dan nyaman, tapi hati2 dgn calories, lemak dan kolestrolnya...tak boleh selalu, nanti alpukat akan jadi sang algojo pulak.
Mmm....enak dan nyaman, tapi hati2 dgn calories, lemak dan kolestrolnya...tak boleh selalu, nanti alpukat akan jadi sang algojo pulak.
15 comments:
Bagi aku, pangkat dan kedudukan tidak pernah menjadi matlamat hidup. Kepuasan rohani dan jasmani adalah matlamat. Memang dunia muktahir ini mengukur kejayaan berdasarkan pangkat dan harta, namun jika ditanya hati kecil mereka yang memiliki semua itu, "adakah mereka puas?" barangkali bukan semua menjawab ya! Aku sering cemburu melihat mereka yang tidak berpangkat, bergaji kecil, tapi boleh tidur sebaik meletak kepala di bantal. Namun tidak dinafikan wang dan harta itu penting, cuma istilah 'cukup' wang itu amat universal, hanya kita yang menentukan definasi 'cukup' itu.
Aku juga ada dua tiga kali minum al Pukat ni. Tapi bagiku terlalu thick dan tidak menghilangkan dahaga. Aku boleh minum tapi taklah suka sangat, mungkin kerana ia tinggi Kolestrol atau simply because of the name which remains me of someone... he he.
Nota kaki: Damn, I love this song!
Mcbudu: hehe..ingatkan Mcdonald tadi.
Mmg betul, kepuasan rohani dan jasmani tu yg menjadi matlamat. Tak kiralah di tahap mana kita, yg penting kena sedar konsep bersyukur.
Jus ni sesetengah penjual buat agak pekat, mungkin tak de ISO kot..aku pun pernah terkena yg pekat masa minum kat kompleks..yg aku minum kat wawrung tepi jalan mmg enak banget. Jus ni aku tak le terlalu suka, biasa-biasa aja..tapi lebih suka sikit dari Capucino, Mocha etc.
Lupa plak..sorry le kalo Alpukat ni meremindkan ko pd seseorang..seakan-akan tapi tak serupa..hehe..
Depa kat aku bukan budak lagi, aku pasrah.... jadi aku fikirkan satu nama lain yg tak lari dari identiti ku. McBudu mengambil sempena nama boss ko kat caruk Puting yg juga sepupu aku.... cuma gaya ejaan yang sedikit kontemporari, he he
Hehe..tak per, ada nilai komersil.
Ye..nama tu mengingatkan aku pd cek Mat, sorang boss yg sgt baik dan toleran dgn aku. Nama dia ada kat sini
Yang dalam kotak punya pun ada jual kan..?
Siapa nama kawan kau yg kurang adventurous dan pesan Es campur tu...macam aku kenal je..
blackpurple: rasanya Jus ni belum dikotakkan lagi.. kalo
business, boleh jadi perintis ni..
azmansd: E'eh....nama kawan aku yg kurang adventurous tu cam nama ko lerr..
Tapi tak per..Es campur yg dia order tu lebih sedap (sbb aku tengok licin jerr..) dari kebanyakan ABC@ais kacang mamak kat sini.. kiranya bagus jugak citarasa dia ye.., walaupun kurang adventurous...hehe
tapi kalo bulan posa ni banding ngan jus alpukat aku lebih suka coconut shake... nak buatnya pun tak susah.. aku yg pemalas ni pun rajin wat kalo teringat rasanya yg sejuk nyaman tu... hehe..
aku lerr said:
Hehe..jus alpukat, coconut shake ni mmg boleh buat org pemalas jadi perajin..sbb rasanya enak banget. Lagipun benda-benda ni susah nak jumpa kat param (pasar ramadhan).
aku tak mencari pangkat.. aku tak mencari harta bertimbun-timbun.. aku tak mencari keenakkan duniawi.. aku tak mencari teman berclubbing..
aku mencari..
jus alpukat..
ekekekek
wahhh nampak mcm sedap saja...
anggeriq: Laa..ingatkan sajak Pak Lah tadi, 'mencari alghazali'...
nenektua: mmg sedap..pekena dgn nasi ganja yg kat perlis tu lagi sedap kot.
alpukat mengingatkan aku pada Alfonso d'Alburqueque yang sebutannya masih menjadi misteri hingga kini...aku masa sekolah sebut albur kuih-kuih...hantam sajalah..janji ngetop.
Post a Comment