Tuesday, May 30, 2006

Tidak sedingin dulu....

Hujung minggu 26-28 Mei: Aku di tanah tinggi cameron atas urusan kerja. Musim sekolah mula bercuti..tapi aku bukan bercuti. Walaupun aku dimaklumkan di masa yg sama budakbudu berada di Teluk Intan, sempat le dia makan mee Mastan Ghani..hehe. Aku dah lupa berapa kali aku berkunjung ke CH, camanapun ini merupakan julung kalinya aku memandu ke sini, itupun ada jalan alternatif melalui Simpang Pulai. Turut bersama aku mr.clarias, timoh amoh dan ziyad...Perjalanan melalui Simpang Pulai mengasyikkan tidak seperti jalan Tapah yg sempit, bengkang-bengkok dgn selekoh2 tajam yg selalu membikin pemandu2 amateur terkujat-kujat bila bertembung dgn lori-lori sayur. Kdg2 terpaksa pula membuntuti lori tahi ayam. (Tahi ayam merupakan satu input pertanian utama di sini. Aku masih ingat masa dulu pekan Ringlet berbau tahi ayam...la ni tak tau..sbb tak singgah situ...hehe)
CH terletak dalam kawasan plateau yg agak mossy, jadi perlu berhati-hati baik berjalan atau memandu kerana ada sesetengah bahagian jalan licin kerana berlumut esp musim hujan...Debab kawan aku pun pernah memberitahu ada part di jalan Tapah tu yg berlumut dan boleh membahayakan jika kita mengamalkan pemanduan tak berhemah.. Foto ini diambil dari Jim Thomson's terrace coffee house..ia betul-betul menghadap kawasan rumah Jim Thompson. Jim Thompson merupakan individu yg telah menghidupkan kembali dan memperkenalkan kain sutera Thai seantero dunia. Beliau hilang semasa bercuti di sini pada tahun 1967 .. Beliau dikatakan hilang sewaktu berjalan-jalan di hutan berdekatan rumahnya..dan ia kini menjadi sebuah misteri, ada yg kata beliau telah mati dibunuh, ada yg kata beliau sesat, ada yg kata dibaham harimau...tiada clue.. Tumbuhan ini sering kelihatan di sini...baru aku tau, rupanya kudup bunga inilah yang dijual sebagai sayur. Sayur Kimcham..(?) yang sangat enak digoreng tepong atau digoreng begitu saja. Aku dah rasa dah...Burung dari syurga? Aku pernah mengambil tanaman ini semasa berkunjung ke rumah Debab di Kampung Raja beberapa tahun dulu apabila aku kagum melihat begitu banyak tanaman ini disekitar rumahnya..sayang sudah bertahun2 ditanam, Bird of Paradise yg aku tanam tu masih tak berbunga.. aku dah agak dah, tapi dulu saja gatai nak try test.. Menarik juga berjalan-jalan di pasar malam pekan Brinchang...elok sangat kalau sesiapa yg ingin membeli sayur-sayuran, bunga2, strawberry dan hasil pertanian lain. Suatu ketika dulu aku pernah ke rumah Debab bersama Nusi, Busu dan Nuar. Kitorang ke pasar malam dan beli ikan-ikan terubuk besar utk dibakar buat makan malam.... sedap sungguh bila makan dalam cuaca sejuk tu. Masa tu aku skip mandi malam sbb mcm mandi ais pulak. Kini Cameron Highlands dah tak sesejuk berbanding tempoh dulu.. Cuaca sekarang lebih kurang cuaca Chiang mai ....mungkin chiang mai sejuk lagi..
Di CH, tak susah utk mencari tempat menginap...boleh pilih ikut citarasa dan juga kantung. Tanah tinggi cameron satu tempat yg menarik utk escape dari kesibukan dan kehidupan kelamkabut. Ia juga satu lokasi percutian yg ideal utk keluarga. Cameron Highlands sinonim dgn sayur-sayurannya, teh, strawberry dan bunga-bungaan. Ia masih dingin jika dibandingkan dgn KL yg panas. Bagi penggemar teh, kita boleh menikmati teh tarik di tea and scones, atau BOH tea house. Bagi penggemar strawberry, boleh merasa strawberry shake yg enak...di raju's strawberry. Mmg enak, manis medu..tak caya tanya mr. clarias...

Kalau balik dari Cameron Highlands..ole-ole selalunya teh, strawberry, sayur-sayuran, buah-buahan, limau dsbnya...Aku beli sikit ole-ole sbb kesian jugak pd cik-cik kak kat ofis tu yg selalunya akan bertanya camana di sana dan soalan2 sebagainya. Jadi aku sediakan bbrp pek teh dan strawberry kering utk mereka....dan aku juga terbeli satu tea infuser. Bukannya nak guna pun, cuma seakan ada rasa sentimental pulak bila tgk infuser tu..krn di infuser porselin tu ada tertera perkataan Camellia sinensis..itulah antara nama-nama botanical terawal yg aku hafal semasa part 1 di Perlis dulu...
Tapi sayang seribu kali sayang, infuser tu aku dpt guna sekali je..(betul tekaan mr. clarias, aku mungkin guna sekali je..).....sbb ntah camana ia boleh tergelincir dari tangan aku, lantas berderai dan bersepailah ia di lantai....huhu..... yg tinggal kini cuma sarungnya yg bertulis Camellia sinensis tu dan kotaknya....dan terpaksa aku abadikan gambarnya sebelum ia juga lenyap dr pandangan mata... sebelum segalanya menjadi Camellia sudah tiada.....

5 comments:

McBudu said...

Cisss ! patutlah bila aku call tengah meeting, meeting management apa fikir aku hari Sabtu ...! Rope-ropenya meeting sambil melahu ye...! Aku bersantai kat Teluk Ensen, bukan rehat, penat je yang dapat...

Anonymous said...

bercerita pasal Cameron ni...aku saje ler nak ingatkan ko..wei!!!minit mesyuarat dah siap ke weiii...tak tahu ler teman!!!!

Harith Faruqi Sidek said...

tu le...kalau dah namanya melayu tu..minum le cara melayu..ni idak, gatai bebenor nak ber"infuser"...takziah la untuk infuser ko...kalau india yang juai menatang tu tahu mesti dia gelak besor..gamaknya menatang tu disumpah dek dia tak? tu le sesedap rasa je nko marah dia pasai takut pecah time dia packing menatang tu...udahnye...

indica said...

budakbudu: mana mee mastan nye? ...ayam goreng ghulam rasul pun sedap. Harap2 ko dah try...tak sah ke teluk ensen kalo tak makan dua benda tu..

mrs clarias: dalam proses pembikinan le..pehtu aku ingat nak syorkan tukar urusetia je..

rith: tu le pase.. ko cakap aku guna sekali je, kan ke dah pecah menatang tu...tapi minum teh pakai menatang tu rasa sedap pulak..tapi semuanya dah jadi kenangan..hehe

Anonymous said...

lerrr ko gi jenjalan upernyer... patutla jarang jumpa ko....sian kat orang tu rindu... hehe...