Sunday, May 14, 2006

Suami suri rumah?

Tadi terbeli akhbar mingguan. Tajuk mukadepan berkisar isu suami menjadi suri rumah, isteri keluar mencari rezeki..Mmm.. bukan perkara yg pelik kpd otak kepala aku. Tapi bila ia dihebohkan maka jadilah ia isu sensasi yg mengundang kenyataan dari pelbagai pihak ie. para menteri, mufti dan orang-orang biasa.
Mungkin byk faktor yg mengundang berlakunya perkara ini..justeru aku tidak mau terjun kpd kesimpulan atau memandang jengkel kpd fenomena ini. Bgmnpun aku terpaksa mengakui ada sedikit rasa simpati kpd mereka yg mengalami situasi ini, jika ia bukan kehendak mereka. Atau ada juga rasa respek kpd suami yang boleh menjalankan kerja-kerja rumah yg remeh dan renyah. Bukan mudah..... menjaga anak-anak yg mcm2 perangai. Tu belum masuk part membasuh berkilo-kilo pakaian, memasak nasi.... Tapi aku akan pasti memandang negatif kalau suami tu sememangnya seorang pemalas, lepak rumah pakai kain pelekat je..asyik tidur..anak-anak dibiar berkeliaran, basuh membasuh tak pandai, mengemas/memasak jauh sekali... Kalau ini yang berlaku ia patut dibanteras..

3 comments:

Harith Faruqi Sidek said...

sekarang ni habitat dan peel manusia dah berubah...perkara ini mungkin pelik suatu masa dahulu..tapi evolusi tatahidup yang berlaku telah melahirkan ramai kaum bapa yang lebih arif menguruskan rumahtangga dari kaum ibu...dalam kesibukan kaum hawa menjerit mahukan "gender equality", ada sesetengah mereka lupa asasi mereka sebagai ibu dan isteri...akhirnya mereka berlindung disebalik istilah "berkerjaya" atau "Moden"...so jangan pelik la mizi..

indica said...

aku tak suka pekerja wanita yg menjerit gender equality bla bla....tapi bila nak angkat komputer, printer cari pekerja lelaki..dan pekerja lelaki lebih mobile, tapi kdg2 terlebih mobile sampai terus mengulor..

aku tak pelik cuma pelik kenapa ada pihak-pihak yg menolak fenomena ini secara total..

McBudu said...

Aku terbaca juga soal lelaki yang menjadi surirumah dilabel haram. Aku bukan pakar dalam agama tapi dalam situasi tertentu, suami semacam terpaksa. Aku ada dua orang kawan (mizi pun kenal kalau aku sebut) yang dalam keadaan terpaksa berada di dalam situasi ini. mereka suami isteri bekerja, hidup di KL mana cukup kalau sorang je bekerja... anak di hantar ke pengasuh. Tiba-tiba suami kena berhenti kerja, syarikat tempatnya bekerja tutup. Dalam keadaan sebegitu, semua perlu dijimatkan. Anak-anak terpaksa dibela sendiri, isteri yang masih bekerja terpaksa menampung segala makan minum, sementara si suami mencari kerja baru... bukan mudah mencari kerja sekarang ni, kalau nak kerja di stesen minyak, atau sapu sampah mungkin senang, tapi gaji sekitar lima ratus berbaloi ke? sebab hantar anak-anak ke rumah orang saja dah lima ratus.... jadi sementara si suami mendapatkan kerja yang lain, jadilah dia suri rumah, sementara.... (walaupun dah hampir 2 tahun)Aku simpati kepada mereka-merteka ini yang mungkin dipandang serong oleh masyarakat. Tapi itulah masyarakat kita, mereka tidak pernah cuba meletakkan diri mereka di tempat orang yang menanggung derita. Diberi pilihan, mahukah mereka menjadi begitu. Aku pernah merasa, walaupun seketika, tapi Allah saja yang tahu perasaan seorang lelaki ketika itu. Nasib aku baik, isteri aku seorang yang amat penyabar dan memahami....