Hari ini aku agak upset, terkilan, keciwa dan akhirnya tertanya pada diri sendiri..apakah aku seorang perfectionist, atau dalam bahasa modennya disebut banyak songel?? Rasanya tak jugak..yg pasti, bila tidak berpuashati dengan hasil kerja orang lain..ia ibarat satu perjalanan tanpa destinasi yg meletihkan, membosankan, memenyampahkan, dan memendungukan.... Aku juga terfikir apakah mereka jenis yg tidak mementingkan kualiti, tidak fokus...buat kerja alakadar, sambil lewa dgn hasilkerja yg tak seperti kita harapkan. Kdg-kdg aku rasa mereka jenis yg take things for granted, buat kerja tak semenggah..walaupun dah bbrp kali diberitahu.., tak paham-paham jugak. Kalau kita tak tegur sapa nak tegur,...Selalunya aku akan berfikiran positif, mereka mungkin ada masalah-masalah peribadi yg mengganggu minda utk berfungsi dgn betul. Camanapun aku akui, aku juga kdg-kdg seperti itu, dua kali lima...tapi tak le teruk sangat.
Covid-19 kali ke 2
4 months ago
5 comments:
Lain manusia lain tahap kesempurnaannya. Cuba kita perhatikan orang minum teh tarik di kedai mamak. Macam-macam kerenah, kurang panas lah, lebih gula lah, kurang susulah, kurang kau lah dan macam-macam lagi, sedangkan teh itu dibuat oleh mamak yang sama. Begitu juga kerja, mereka akan melakukan kerja ikut sedap dia je.... dia tak akan fikir macam mana orang lain berfikir (atau bekerja). Itulah kelemahan kebanyakan pekerja yang tidak berapa berjaya. Jika seseorang itu melakukan pekerjaannya dengan berfikir, serta memikirkan bagaimana orang lain berfikir (atau bekerja), maka jadilah dia pekerja yang cemerlang. Kita dengan mudah dapat mengenal yang mana satu pekerja 'asset' atau 'excess' kepada organisasi.
mmg susah keje dgn org tk sekepala dgn kita...pening,.. nasib baik tk mereng..
posted from pda..
betul tu...tak semenggah kerja
Adakah kerana mereka membuat ker seperti melepaskan batuk ditangga? Janji siapppp...tapi, tak perfect.
Salam perkenalan...
budakbudu: kes lain padang lain belalang le tu, tak kena peribahasa tu..hehe....rambut sama hitam hati lain-lain..boleh kot
dobot: salam perkenalan,..datang le selalu lepak-lepak, tukar2 fikiran dan melahu pun boleh..hehe
wah..wah..wah kang mizi...
aku macam tahu je ko maksudkan sape dalam cite ko ni..anyway..biasa la staf kita ni tak semua yg ok..ntah2 bos kita pun kata kita ni keje tak semenggah..who knows??? he he
Post a Comment