Monday, February 20, 2006

Hilang dan simpati

Bbrp bulan dulu aku ada berceriter pasal kegelabahan aku mencari kereta aku yg 'hilang' kat parking lot . Sempat le aku panik bbrp minit..
Dua hari lepas, salah sorang member aku mengalami kisah benar.....bangun2 tidur tengok kereta tak de depan rumah. Sebagai kwn aku sgt bersimpati tapi tak tau nak buat macamana. Mmg kesian aku tgk member aku tu, esp bila mikirkan kereta tu sgt banyak gunanya..ambik hantar anak2 pi sekolah, pergi balik keje, balik kampong dll. Loan pun masih ada. Kesian bila terbayangkan muka anak-anaknya.
Bengang sungguh aku dgn org yg hidup mencari jalan mudah dan menyusahkan kehidupan orang lain.

4 comments:

McBudu said...

Aku pun simpati, apa tidaknya, kereta dibeli berhutang, bayar bulan-bulan tiba-tiba senang-senang aje nak curi. Namun itu semua telah ditakdirkan begitu. Kereta tu dah hilang, selain melapor kepada Polis, mencari hikmah daripada kehilangan itu mungkin menjadi penawar kedukaan hati. Mungkin mesej Allah ialah, setiap harta di dunia ini tak akan kekal, jika Allah nak ambil, dalam sekelip mata sahaja, jadi kita kena redha dengan ketentuanNya. (Aku cakap senanglah...tak kena kat aku..... tapi jika terkena kepada aku, aku harap ada kawan-kawan yang mengingatkan akan perkara yang sama)

indica said...

Mmg ada hikmahnya musibah yg berlaku. Ia juga mengajar kita utk menghargai sesuatu yg kita miliki. Berlaku adillah pada keter kita, jgn buat tak kisah..kalo dah lama tak basuh, cepat le basuh. Org kata kalo hanto kedai basuh, atau service.. tunggu jgn tak tunggu, kalo tinggai cam tu je, nanti ada kutu duplicate kunci..betui ke?
nampak gaya, lebih afdal aku basuh sendiri..

McBudu said...

Jangan hantar kedai, basuh sendiri barulah kereta tu rasa dibelai oleh kita....bila selalu hantar kedai, kereta tu tak berapa mesra dengan kita, dia rasa terabai....basuh pulak jgn guna sabun cap kapak atau shampoo siam gunalah shampoo yang mahal-mahal sikit... barulah dia rasa dihargai....tapi kalau ada bibik, biarlah bibik basuh, barulah bibik kita rasa dihargai kerana dibenarkan membelai sesuatu yang kita sayang!

Harith Faruqi Sidek said...

jangan asyik membelai sampai "terlupa" nak ke bank, silap aribulan bukan pencuri kereta yang kebas tapi abang tarik kereta punya kerja daaa...