Wednesday, February 21, 2007

Mutiara yg hilang

sepanjang jalan ke pulau pinang...hatiku terjun ke air ...

Masa orang balik kampong beraya Cina, aku ikut rombongan ke utara sbb ada rakan kerja (anak mami) walimatul urus di pulau pinang. dah lama berkurun aku tak menyertai ekpedisi berombongan ni. Ntah camana aku boleh tersetuju utk join rombongan ni sekali, sampaikan bbrp org agak heran termasuk le pengantin. Dan dah lama gak aku tak menjejak kaki ke Pulau Mutiara ni...kali terakhir mungkin lebih sedekad lalu, masa transit sewaktu ke Medan dulu.
bukit bendera di tempat kami...

kreatif gak macha ni...

tambangnya murah, mengasyikkan..

pdg kota yg dah berubah wajah..laksa sedap tu pun dah pindah ..

Dua hari di pulau pinang sempat jugak aku naik Bukit Bendera, makan nasi kandaq, makan laksa...tapi aku tak jumpa laksa yg sedap dulu tu..yg sampai aku boleh makan bertambah. Kali ni jamah sikit je, tak habis...enaknya kurengg ... Nasi kandaq pun aku tak tau kat mana yg sedaq.....ntah le, pulau pinang dah membuat aku kurang teruja.


Thursday, February 08, 2007

Bzzzz


Waduh, sudah agak lama aku tak mengetuk-ngetuk keyboard ni utk mengepos-ngepos entri terkini. Dah lama dah...blogger pun dah tak kenal aku, mujur le boleh memblog lagi.
Sibuk, bz dan seangkatan dengannya mmg dah jadi lumrah asam garam kehidupan aku. Biler terbaca komen "aku lerr' yg menjenguk blog yg kian hambar ni, aku tergerak balik nak mengetuk-ngetuk keyboard yg dah buruk ni.
'aku lerr'.. seorang insan misteri yang tak pernah aku temui barangkali, tapi aku pasti 'aku lerr' adalah salah seorang dari rakan-rakan blog yang baik... (walaupun dia takde blog). Aku rasa mcm aku kenal jer 'aku lerr'...mcm dejavu je..

Wednesday, December 20, 2006

Bukan bercuti...

pergi ke ladang membawa golok
untuk mencari kayu api
lama sudah tidak memblog
sedor sedor dah nak raya haji...

Kelas dak pantun tu?...

Baru balik dari kawasan perbukitan..ke sini utk bertugas bukan bercuti. mujurlah ada udara segar di sini. Ada jugak health farm therapy tapi tak sempat nak tengok apa yg ada. Bila bertugas termasuk urusan di kantor yg ditinggalkan belum beres. Udara udara ini tak de maknanya. ...tapi kerja sememangnya tidak pernah beres kan?... dan sepatutnya kita tidak membiarkan bebanan tugas yg belum beres mengganggu fikiran..


* foto2 dari celah tirai kamar

Tuesday, October 31, 2006

Setelah bercuti panjang.....

Cuti lama mana pun, rasa cam sekejap je... bukan ada apa sgt pun bercuti panjang ni..bebudak je yg merasa seronok. Bila dah bercuti raya lama, tentu ramai yg rasa berat start keje balik..aku buat biasa je, sbb tak boleh ikut sgt perasaan camtu..hidup perlu diteruskan....

Pak Mat jiran sebelah rumah di kampongku, telah kembali ke rahmatullah pada hari raya pertama masa beliau berziarah ke rumah sedara rapatnya. McBudu mungkin ingat...atau kisahnya ada di sini..Puasa zaman dulu-dulu. Al Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.

klcc1

Saturday, October 21, 2006

Salam Aidilfitri

Seperti di tahun-tahun lepas, menyaksikan gelagat warga kota membelibelah tatkala lebaran menjelma adalah satu pengalaman yg menyeronokkan, lebih2 lagi di waktu dinihari .... Selepas pekena sup kambing dgn nasi lemak aku dan member2 ke Jln TAR dgn tujuan utk turut menyibuk serta mengejamkan Jln TAR yg mmg dah sesak. Mencari tempat parking amatlah susah, sepanjang bahu Jln TAR kereta di parking berderetan sampai dua lapis. Ntah camana kitorang dpt parking di lorong sempit Jln masjid india. Hiruk pikuk, ramai manusia rancak membuat last minute shopping sebelum balik kampong gamaknya..Pelbagai barangan ada,sebut aje... Member2 ada yg beli jam tangan utk bebudak, jenama Guess lagi...ada yg beli bungapi katak dsbnya. Leka juga kami di Jln TAR, Jln Masjid India, jam 2.30 pagi terasa malam yg masih muda...

Jam 3.00 pagi, kami beralih ke bangsar, di sini tiada hiruk pikuk org shopping.. kitorang sekadar nak singgah makan, malang tak ada meja yg kosong dan terpaksa beralih ke Brickfields..tapi tak sangka, di sini juga suasana begitu happening, aktiviti membelibelah rancak berjalan miskipun jam dah lewat jam 3 pagi tapi membelibelah utk event yg berbeza..Deepavali..ini mmg betul2 last minute...Dgn keadaan riuh, kitorang tawarhati utk mencari tempat makan. Dari Little Madras tu kami berangkat pulang. Singgah sahur sikit di limau nipiz...jam 4.30 pagi sampai di rumah. Letih namun seronok menyaksikan kehidupan, dan aku juga tak pulang dgn tangan kosong, ada buahtangan utk kenangan menjelang lebaran 2006.

Ole-ole Jln Masjid India

Kepada McBudu, PakYob, Azmansd, Sarahjiha, Ubai, Anggerik, Blackpurple, Fido serta rakan taulan yg pernah singgah di blog ini, aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Tatkala kita beraya, insaflah pada mereka yg tidak bernasib baik.