Tuesday, June 20, 2006

Cuti & World Cup

Sejambak di Gombak....

Ketenangan, kesantaian dan ada masa utk diri sendiri berjumpa keluarga merupakan suatu yg kita mahukan setelah berserabut dgn kerja-kerja harian. Aku tak mau detik-detik sebegini menjadi rare and luxurious commodity bagiku...

Hari ini aku bercuti, cuti yg aku apply minggu lepas. Aku ambik kesempatan ini utk berjumpa ibu aku di Gombak. Sbb tak berkerja, malamnya aku juga ambik kesempatan menonton World Cup satu demi satu...tapi aku tak ambik cuti semata-mata nak tengok WC, kalau final yg melibatkan team favorite, mungkin !

Camanapun perlawanan mlm tadi agak menarik....esp korea vs france, spain vs tunisia...masa arab vs ukraine aku tak tengok......Nampak gayanya bertambah satu lagi favorite aku...Ola Espania....hehe...mcm tiru mr clarias je...

p/s: sedang aku menulis blog ni...Firefox alert aku, game Germany vs Equador dahpun bermula..begitu juga POL vs CRC ...'Match Has Begun'...bagus extension firefox ni siap keluar pop-ups bila Gol..yellow card etc..

Sunday, June 18, 2006

Di tepi laut

Pantai tanah besar bukanlah merupakan lokasi pilihan utk aku bercuti atau bersantai. Aku lebih teruja dgn pantai di pulau-pulau, selain kawasan tanah tinggi berhutan dgn udara segar. Tapi kali ni disebabkan kerja terpaksa le aku ke sini. Bagi aku kalau bercuti di pantai perlu ada aktiviti riuh rendah atau lepak berkumpulan sambil melahu dan merapu...

Sampai awal, peserta2 lain tak de lagi. So aku makan malam di bawah pokok kelapa di hembus sepui angin pantai sambil dialunkan lagu-lagu light n easy...so relaxing.


dari kamar: ada group buat poolside BBQ dinner ...


Soothing....

matahari hampir tenggelam di ufuk barat


Takde manusia di waktu pagi ni....maka burung-burung pun tumpang bertenggek.....


Entri ditulis ketika Jepun dan Coatia berhempas pulas untuk seri......
Lepas ni aku nak tengok Brazil vs Australia...harap Ronaldinho hantu gigi dpt keluarkan habis skill2 dan magicnya..

Thursday, June 15, 2006

Sebelum terlena

Waktu ini bukan team2 pilihan yg bermain...equador vs costa rica....so aku luangkan masa separa sedarku memblog setelah terserempak pula foto2 yg mengimbau kenangan di alam cyber ini..tempat jatuh lagi dikenang, mana taknye..aku pernah jatuh sampai tangan bengkok sikit di tempat ni.. green green grass of home...

gelanggang pertama dlm dunia aku bermain ...bila dah senior tukar gelanggang satu lagi di sebelah sini

Blok E - white house......tido ku mmg lena di sini

Selepas ini England vs Trinidad & Tobago...mmm..aku dah ngantuk, esok pulak nak jalan jauh..tonton setakat termampu pastu biasa le...biarlah TV bicara sendiri..

Monday, June 12, 2006

Tentang makanan

Bila dlm keadaan stress, apa yg selalu org makan? Selalunya di waktu-waktu getir sebegitu mrk tak memikirkan sgt apa yg perlu dimakan. Bagi sesetengah org ada yg tak makan, memadai ada air ada rokok.

Bagi aku suatu yg simple sudah memadai asalkan perut boleh terima. Tak perlu yg heavy spt nasi...tidak juga roti, kerana roti pernah dijoloki sbg makanan org frust oleh budakbudu...
Dalam keadaan yg tertekan, selalunya agak sukar utk membuat pilihan, ...malam ni antara Jepun dan Australia, walaupun aku sokong Jepun tapi rasanya Australia yg akan menang, kelebihan Australia..mungkin memiliki coach yg bereputasi tinggi spt Gus Hiddink..Jepun nak menang agak sukar, yg aku kenal pun cuma nakata selain yamaha dan nabita...

Tuesday, June 06, 2006

060606

Sengaja aku abadikan entri ini pada jam 6 petang 6 minit pada 06.06.06....unik dan yg pasti masa ini sekali saja dapat aku tempohi dalam kehidupanku. 666 mengingatkan kita pada The Omen...777 mengingatkan kita pada James Bond..yg ni kena tunggu tahun depan.