Tuesday, September 11, 2007

Kualiti

Kualiti sememangnya wajar dihargai, supaya ia terus bersemarak dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan seseorang individu.
10 Sep 2007
pakyob dan makyob...

Kepada pakyob dan makyob, bukan sesuatu yg biasa boleh dpt anugerah serentak, hari ini dlm sejarah gak tu.... atau dlm kata2 lain...tak ada tempias ke? Moga kalian berdua terus cemerlang, gemilang dan terbilang (pinjam dari pak lah) dlm kerjaya dan kehidupan. SYABAS & TAHNIAH utk pakyob dan makyob........ ( isk...kering tekak plak..)

Friday, August 24, 2007

Satu pertanyaan seribu persoalan

Dunia....

gimanakah seribu tahun lagi?

Sunday, August 05, 2007

Cepatnya masa berlalu

Masih bernafas lagi blog ini..seperti baru semalam aku berehat memblog. Rupanya dah lama dah..

Dua minggu sudah aku juga balik ke kampong halaman kerana ada kenduri kawin sedara. Dah bertahun aku tak balik. Maklumlah emak aku pun dah tinggal bersama kakakku di Gombak. Terpinga-pinga aku di bumi tempat aku bermain masa kecik dulukala. Asing. Cuma beberapa kawan lama akrab aku dapat berborak, bertanya khabar dlm kesempatan yg singkat. Yg lain aku tak kenal...mungkin mereka dah byk berubah atau aku yg dah terlupa, atau juga org2 luar yg mendatang..
Kampongku tak seperti dulu dan aku terasa spt di kampong org lain....kenduri kawin pun dah guna katering..begitu hambarnya...Di kampongku kini byk rumah ditinggal sepi tak berpenghuni setelah org-org tua kembali ke alam baqa dan anak-anak mengharungi kehidupan di kota-kota..tinggallah rumah-rumah yg suatu ketika dulu sangat meriah, termasuk juga rumah tempat aku dibesarkan.
dari jendela rumahku..... rumah tinggal arwah pakmat

Saturday, April 21, 2007

Pengajaran

Mulanya aku sekadar nak komen sepatah dua je kat blog Mcbudu tapi sebab dah teremo tulis panjang lebar aku terpaksa balik rumah sendiri..

Mulanya bila si Yin dijumpa, aku tumpang gembira. Lalu aku terharu dgn kebaikan pasangan myanmar tu. Tapi bila pelbagai pihak mula berteori dan berspekulasi ttg motif couple myanmar ni, perasaan terharu aku mula goyah. Aku sebenarnya sgt berharap yg mereka ini benar-benar innocent, ataupun mmg benar yg mrk ini butahurup, tak tau berita semasa dsbnya.

Sebenarnya aku sgt anti pada ibubapa yg tidak ambil berat kpd pergerakan anaknya..Kasihsayang tidak hanya dipapar dgn kata-kata bila anak itu lenyap dr mata...ia harus ditunjukkan sepanjang masa dgn memantaunya.,esp kalau dah tau budak tu hyperactive...

Bila teringat si yin ni nak melintas jalan...teringat kisah aku masa nak pekena teh tarik, sup kambing jam 11 mlm di dpn kompleks wilayah suatu ketika dulu. Aku pernah pekik kpd sepasang lakibini yg melepaskan anak kecil (berusia 2-3 tahun gamaknya) di atas bahu jalan. Yang si bapa menuju ke pintu drebar, yang si bini masih berlenggang di belakang sambil makan kudap-kudap dgn mata pandang kat aku dan kenkawan (apa ke he nye?..hensem sgt ke kitorang?) Tiba-tiba si anak kecil tu turun meluru ke atas jalanraya yg masa tu kereta-kereta berdesup-desup..(malam minggu kereta byk dan laju2). Secara tak sedar aku terus pekik...HOiiiiii. Nasib baik si bapa dapat menyambar budak tu..kalau tidak..tak tau nak kata apa. Bengang sungguh aku kat couple yg 'bingai' tu...

Berbalik kepada kisah Yin ni, pada aku ada hikmah dan pengajarannya. Pertama utk menyedarkan rakyat malaysia supaya memberi perhatian kpd anak-anak. Kalau budak kecik pun kita biar lepas bebas tak ambik peduli, bayangkan kalau budak tu dah remaja dewasa.. tak mustahil kah mereka ni jadi mat lepak yg bergantayangan di depan kompleks sogo, kompleks pertama tu? kalau tidak pun menjadi mat rempit, mat pit, bohjan dan sewaktu dgnnya. Kedua utk menginsafkan....utk kita mengenal diri dan bumi ini adalah pinjaman, kehidupan ini adalah sementara, tak kira malaysia kah kita, myanmar kah mereka....hanya amal yg menentukannya.

Wednesday, April 18, 2007

Kira ok

Aku ni susah nak minat lagu bebudak AF..tapi yg ni kira ok walaupun baru first time dengar... videoclipnya menarik dan agak touching, mengisahkan seorang gadis yg masih hidup dan pasangannya yg telah kembali menghadap Ilahi.



Kalu tambah usaha lagi, budak Kaer ni boleh pergi jauh, walaupun kurang aura tapi nampak ada kelas sikit.