Wednesday, October 12, 2005
Antara beli bungkus dan buffet
Tuesday, October 11, 2005
Puasa zaman sekarang

Puasa zaman dulu-dulu
Esok pagi....ader ler satu minah indon tu namanya Sutra..bercerita dengan geng-gengnya termasuk Asmah depan aku dan Ben. Dia (sutra) kata malam tadi dia nampak polong..berapi-rapi polong tu terbang. Dan bila dah tinggi sampai pucuk kelapa, polong tu pun pecah tujuh, seram sungguh katanya. Hehehe...tak tau dia itu angkara kami, bior ler dia seram sensorang... yg kelakarnya pecah tujuh tu (sempat pulak dia mengira....) Empat tahun kemudian aku jumpa si Sutra ni masa kerja di Temerloh, seluruh keluarganya telah berpindah ke situ. Asmah pulak aku tak tau di mana, agaknya dah jadi artis buat album kot...
Monday, October 10, 2005
Siapa Radja ?
Hari minggu yg terbaru ni aku telah terbeli satu CD setelah budak cina kat kedai tu kata CD tu bagus, group Indon namanya Radja dan katanya boleh kalah Peter Pan, Shiela on 7 (seben), Dewa etc. Aku ke kedai musik tu sekadar singgah-singgah kalau terjumpa CD kompilasi terbaik Ebiet G. Ade. Masa ini aku sebenarnya bukanlah penggemar music indon kecuali satu dua hits dari Shiela on 7, Dewa dan Peter Pan yg aku dengar di corong-corong radio. Cuma aku pernah beli satu kompilasi lagu2 mereka..tu pun versi pasar malam. Tapi kini aku dah beli satu CD original...Radja. Murah aje harganya RM25.90. Sunday, October 09, 2005
Pagi Minggu di Segitiga Emas
Dalam perjalanan pulang dari Gombak, aku tersinggah di tempat yg aku suka pergi di masa-masa lampau. Aku tak ingat dah berapa lama aku tak ke sini berjalan-jalan, kalau melalu lintas masa nak ke majlis makan malam tu ada le..tapi kalu nak jalan-jalan mmg dah lama. Kali terakhir mungkin dah lebih enam bulan aku tidak ke sini...gamaknya.
Tak banyak yang berubah. Cuma yg pasti makhluk-makhluk di kota raya ni dah bertambah termasuk pengunjung dari pelbagai jenis dan rupa. 
Tengah berjalan tu, aku teringat Tower Records. Di situ macam-macam ada, mungkin boleh cari CD Ebiet G. Ade. Tapi... bukan setakat tak jumpa CD tu jer, Tower Records tu pun dah tak wujud. Mungkin dah bungkus, balik negeri kot. Meletihkan jer.. dan terpaksa aku lupakan niat yg tak seberapa tu atau mungkin singgah di Victoria Music Station yg tak kurang ok nya suatu masa dulu. Sebelum tu ke kompleks yg satu ni, sederhana je saiznya tapi berbanding dengan yg lain tu aku tgk yg ni ada lebih nilai estetikanya. Sememangnya aku suka tengok suasana dalaman kompleks ini, nampak mewah tapi santai..